Pages

Sunday, April 17, 2011

Kes askar AS diliwat meningkat




DIVISYEN Infantri ke-234 askar Amerika di Fort Riley, Kansas dalam pesawat menuju Afghanistan.
DIVISYEN Infantri ke-234 askar Amerika di Fort Riley, Kansas dalam pesawat menuju Afghanistan.

Hampir 50,000 askar veteran lelaki Amerika 'trauma seksual' tahun lalu


VIRGINIA: Lebih 100 askar lelaki dalam angkatan tentera Amerika Syarikat mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pada 2010 ketika bertugas.
Pada masa sama, Pentagon memberi amaran, angka mangsa gangguan seksual itu mungkin lebih tinggi kerana ada yang takut untuk membuat aduan.
Ramai askar tidak membuat aduan kerana tidak mahu orang ramai mengetahui identiti mereka sebagai mangsa peras ugut seksual.


Penganalisis berkata, lelaki yang melakukan serangan seksual mendakwa mereka memiliki kecenderungan seks biasa.


Awal tahun ini, Pentagon mengambil tindakan sambil lewa selepas menerima aduan sekumpulan veteran perang wanita bahawa mereka dirogol dan diperas ugut ketika bertugas.


Hampir seorang setiap lima askar wanita dalam angkatan bersenjata Amerika melaporkan pernah diganggu secara seksual manakala di kalangan askar lelaki, purata aduannya adalah seorang setiap 15 anggota.
Minggu lalu, akhbar Daily Mail memetik perangkaan Jabatan Hal-Ehwal Veteran yang mendedahkan, hampir 50,000 askar veteran lelaki Amerika mengalami ‘trauma seksual’ tahun lalu, berbanding 30,000 pada 2003.


Serangan seks oleh askar ke atas rakan setugas tidak diiktiraf sebagai kesalahan oleh Jabatan Pertahanan (Pentagon) hingga 1992 tetapi ia hanya membabitkan mangsa askar wanita.


“Satu daripada sebab seseorang itu melakukan serangan seksual supaya mangsa tidak melawan atau bertujuan memaksanya keluar dari situ,” kata Mic Hunter, pengarang buku Honor Betrayed: Sexual Abuse in America’s Military.


“Serangan seksual bukan bertujuan melakukan seks tetapi mengenai keganasan,” katanya lagi.


Hunter dan orang lain bersetuju bahawa dasar baru Washington menamatkan prinsip ‘jangan tanya, jangan beritahu’, boleh membantu tentera menangani isu serangan seksual.


“Saya tidak kata dasar baru akan menyebabkan keadaan lebih selamat tetapi mangsa lelaki mungkin tidak lagi keberatan melaporkan kejadian menimpa mereka,” kata Aaron Belkin, pengarah Palm Center, sebuah institut mengkaji golongan ‘gay’ dalam tentera.


Pentagon menyatakan, dalam tinjauan 2010, menunjukkan ramai lelaki tidak melaporkan serangan seksual kerana tidak mahu sesiapa tahu, yakin penyerang tidak akan dihukum atau takut kepada tindakan balas pihak bertanggungjawab. – Agensi Berita Harian Online | Kes askar AS diliwat meningkat

No comments:

Post a Comment