Pages

Monday, April 11, 2011

China tahan penganut Kristian di Beijing




POLIS China mengarahkan penganut-penganut Kristian ke dalam bas setelah mereka yang merupakan pengikut Gereja Shouwang mahu mengadakan upacara sembahyang di kawasan terbuka di daerah komersial Zhongguancun, Beijing, semalam. – Reuters


BEIJING 10 April – Polis Beijing hari ini menahan berpuluh-puluh penganut Kristian dari ‘sebuah rumah gereja’ yang tidak diiktiraf kerajaan selepas mereka cuba untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan terbuka.
Kumpulan itu sedang menyanyikan lagu-lagu rohani dan berdoa sebelum polis menyumbat mereka ke dalam bas di daerah barat Haidian, Beijing hari ini, menurut kumpulan hak asasi Kristian yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), China Aid.
“Pihak berkuasa Beijing sering tidak mengendahkan perlembagaan rakyat yang menjamin hak kebebasan beragama,” kata pengasas dan Presiden China Aid, Bob Fu dalam satu kenyataan.
Polis enggan mengulas berhubung laporan itu ketika dihubungi AFP dan meminta supaya soalan difakskan kepada mereka.
The New York Times melaporkan, seorang jurugambarnya adalah antara mereka yang ditahan, tetapi telah dibebaskan.
Menurut China Aid, lebih 100 orang telah ditahan, tetapi akhbar itu melaporkan seramai ‘berpuluh-puluh’ orang sahaja yang ditahan.
AS dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan serius mereka beberapa minggu lalu berhubung peningkatan tindakan keras di seluruh China ekoran penahanan seniman, peguam, penulis, aktivis dan golongan intelektual.
Insiden gereja ini berlaku seminggu selepas Ai Weiwei, seniman yang lantang bersuara dan membantu mencipta Stadium Sarang Burung untuk Olimpik Beijing 2008, ditahan atas kesalahan ‘jenayah ekonomi’ yang tidak dinyatakan.
Gereja itu cuba mengadakan majlis agama di luar selepas diusir oleh pemilik bangunan yang menerima tekanan supaya tidak meneruskan kontrak penyewaan.
Menurut China Aid, Shouwang yang merupakan gereja rumah terbesar di Beijing menjemput penganutnya berhimpun awal hari ini di satu kawasan terbuka di tempat awam yang menghubungkan bangunan SinoSteel dan Restoran China Poetic. – AFP
-Utusan

No comments:

Post a Comment