Pages

Saturday, April 9, 2011

4 jalani hukuman sebat


BANDA ACEH: Dua pasangan menjalani hukuman sebat di sini, semalam selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan luar nikah.
Kira-kira 200 orang berkumpul di sebuah masjid di bandar Jantho selepas solat Jumaat untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman itu. Pasangan pertama, Sudirman, 43 dan Irdayanti, 34, di sebat sembilan kali. “Hukuman berat ini dilaksanakan kerana kedua-duanya sudah berkahwin dengan orang lain,” kata pendakwa raya, Bendry Almi.

Pasangan kedua, Rudi Setia Yudda, 40, menjalani hukuman sebat tujuh kali dan Nuramalia, 18, empat.
Nuramalia yang sudah berumah tangga dengan lelaki lain, menangis ketika hukuman itu dilaksanakan.

Dia yang kemudian pengsan kini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Orang ramai menjerit mengecam Sudirman dan Yudda serta menuntut hukuman ke atas mereka ditambah.
Aceh adalah satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Disember lalu, dua orang disebat selepas ditangkap bercium. - AFPmyMetro | 4 jalani hukuman sebat

No comments:

Post a Comment