KANAK-KANAK Libya bermain di atas sebuah kereta kebal tentera Gaddafi yang musnah di Benghazi, kubu kuat pemberontak, semalam. |
TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam menggesa kuasa dunia yang bermesyuarat di London semalam supaya menamatkan serangan tidak bertamadun mereka terhadap negaranya.
Sementara itu, pemberontak dilaporkan sudah bersiap sedia untuk menggempur Sirte, sebuah bandar penting yang juga menjadi bandar kelahiran Gaddafi.
Gaddafi menyamakan serangan udara yang diketuai Nato dengan kempen ketenteraan yang dilancarkan oleh Adolf Hitler ketika Perang Dunia Kedua.
“Hentikan tindakan tidak bertamadun anda terhadap Libya,” kata Gaddafi dalam surat yang disiarkan oleh agensi berita, Jana.
“Biarkan Libya ditentukan oleh rakyat Libya. Anda melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang yang aman dan ke atas sebuah negara sedang membangun,” katanya dalam surat yang dialamatkan kepada mesyuarat London.
Lebih 35 negara menghadiri mesyuarat berkenaan untuk merancang masa depan Libya selepas ketiadaan Gaddafi.
“Seolah-olah anda di Eropah dan Amerika tidak menyedari bahawa serangan tidak bertamadun anda sama dengan kempen Hitler apabila dia menyerang Eropah dan mengebom Britain,” kata pemimpin Libya itu.
Serangan udara terhadap negara yang kaya dengan minyak itu dilancarkan pada 19 Mac lalu oleh Britain, Perancis dan Amerika Syarikat untuk menguatkuasakan zon larangan terbang dan melindungi pemberontak daripada serangan tentera yang setia kepada Gaddafi.
Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat bersetuju rundingan London itu perlu membantu ‘peralihan politik di Libya.’ Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata sebelum mesyuarat, kerajaan Gaddafi sudah hilang semua kuasa pemerintahan. - AFP
dua2 pihak kejam dan zalim,.. saye tak suka,. semua orang pun tak suke,. 1 malaysia setuju dgn saye
ReplyDelete