Pages

Thursday, February 10, 2011

Susilo arah kawal lokasi penting




Pasukan polis lengkap bersenjata mengawal di luar sebuah gereja di bandar Temanggung di Jawa Tengah, semalam selepas berlaku keganasan agama di beberapa tempat di republik yang majoriti penduduknya beragama Islam. - AFP


JAKARTA 9 Feb. - Polis Indonesia mengawal sekitar gereja-gereja hari ini berikutan meningkat gelombang keganasan agama di negara ini sehingga menggemparkan masyarakat awam dan menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
Jurucakap polis Jawa Tengah, Djihartono berkata, hampir 1,200 anggota keselamatan ditempatkan di Temanggung berikutan kekacauan, semalam.
"Kami menempatkan 1,183 anggota keselamatan termasuk tentera untuk berkawal di beberapa lokasi penting seperti gereja, penjara, pejabat pendakwa dan pusat perdagangan," katanya.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang dikritik kerana gagal membendung keganasan itu mengarahkan polis dan tentera bertindak 'habis-habisan' terhadap puak pelampau yang terlibat dengan kekacauan.
"Setiap orang perlu diberi jaminan perlindungan dan keselamatan, tanpa mengira agama, keturunan etnik, kaum, pertalian politik atau pekerjaannya.
"Rentetan keganasan itu mesti dihentikan. Saya sudah mengarahkan semua ketua wilayah, pemerintah polis dan tentera di peringkat wilayah supaya melancarkan tindakan habis-habisan untuk mencegah perbuatan ganas daripada berulang," kata bekas jeneral itu dalam ucapan kepada gabenor wilayah.
Keganasan itu memuncak pada Ahad lalu apabila ratusan penduduk Islam membunuh tiga pengikut ajaran sesat Ahmadiyah dengan disaksikan oleh anggota polis yang tidak dapatberbuat apa-apa untuk menghalang mereka.
Rakyat negara ini masih terkejut dengan rakaman video serangan itu apabila sekumpulan lagi penduduk merusuh di jalan-jalan Temanggung, Jawa Tengah, semalam.
Kali ini polis bertindak dengan melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mati tetapi sekali lagi gagal untuk menyekat kumpulan tersebut yang bertindak membakar dua buah gereja dan merosakkan sebuah sekolah Roman Katolik.
Mereka menuntut hukuman mati dikenakan ke atas seorang lelaki Kristian yang hanya dijatuhi hukuman penjara kerana menghina Islam. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment