Pages

Sunday, February 27, 2011

Raja Bahrain rombak Kabinet kendurkan tunjuk perasaan





2011/02/27

MANAMA: Raja Bahrain hari ini mengumumkan rombakan Kabinet berikutan tekanan yang diberi oleh pemimpin pembangkang serta ribuan penunjuk perasaan di ibu negara itu yang mahu kepemimpinan kesultanan Sunni itu berundur.

“Raja Hamad Issa al-Khalifa hari ini secara rasmi menerima angkat sumpah menteri baru bagi lima potfolio Kabinet," kata kerajaan Bahrain dalam satu kenyataan.
Keputusan baru yang dibuat kerajaan itu selepas 13 hari tunjuk perasaan diadakan di negara itu yang menuntut agar reformasi dilakukan dalam pemerintahan negara itu.
Ia bertambah memuncak selepas pemimpin pembangkang, Hassan Mashaima kembali ke negara daripada buangan di luar Bahrain.

Mashaima, yang muncul di tengah kumpulan penunjuk perasaan di Dataran
Pearl Square, turut mendapat sambutan gemuruh ketika menyampaikan ucapannya.

“Hari ini kita mesti dalam satu barisan, tidak kira ahli Sunni, Syiah, sekular dan semua kumpulan pembangkang untuk menentang regim sekarang.
“Kita perlu bertahan dalam 'peperangan' ini dan mencapai matlamat kini untuk mewujudkan negara yang adil dan berdaulat," katanya. - AFP
Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment