Pages

Sunday, February 27, 2011

Gaddafi mesti berundur sekarang, kata Obama


ASKAR Tunisia cuba mengendurkan ketegangan apabila ribuan warga Mesir bergegas mahu menaiki bas di sempadan Libya-Tunisa bagi menyeberangi sempadan Ras Jdir selepas konflik yang semakin memuncak di Libya. Penduduk di Tunisia dan Mesir dikatakan memandu kenderaan mereka ke sempadan untuk membantu membawa keluar rakyat Libya yang kini dianggarkan 30,000 orang mula meninggalkan negara mereka, hari ini. - Foto Reuters


2011/02/27

WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini mahu Presiden Libya Muammar Gaddafi berundur sekarang dengan menegaskan bahawa pemimpin utama Libya itu kini kehilangan hak untuk memerintah selepas menyerang rakyatnya sendiri.

Ini adalah tuntutan paling jelas Obama sejak konflik tercetus di Libya yang menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran mahu Gaddafi meletakkan jawatan.

Rumah Putih berkata, tuntutan Obama itu dibuatnya dalam ketika menelefon Censelor Jerman, Angela Merkel yang bertanggungjawab untuk menyelaras tindakan terhadap konflik yang berlaku di Libya.
“Presiden Barack Obama menegaskan apabila seseorang pemimpin menggunakan keganasan terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, pemimpin itu hilang kewibawaan untuk memerintah dan dia perlu meninggalkan negara itu," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan. - AFP
Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment