Pages

Sunday, February 20, 2011

Petugas perubatan turut titiskan air mata

myMetroPetugas perubatan turut titiskan air mata: "


MANAMA: Pasukan keselamatan Bahrain dikecam pelbagai pihak kerana melakukan keganasan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan, semalam.

Suasana di Hospital Salmaniya berhampiran dengan insiden kejadian amat tegang hingga petugas perubatan turut menitiskan air mata.


“Dia ditembak di kepala. Saya menyaksikan kejadian itu,” kata jururawat kepada sekumpulan wanita yang ternganga mendengar cerita petugas perubatan berkenaan.

Sementara itu, di satu sudut hospital, seorang doktor wanita menangis di bahu rakan doktor lain. Pakar bedah Ortopedik, Bassem Deif merenung imbasan sinar-X tengkorak kepala seorang penunjuk perasaan yang retak dibedil peluru. Dua peluru lagi turut menembusi paha dan lengannya. “Saya tidak tahu senjata jenis apa digunakan mereka kerana saya tidak pernah menyertai perang. Tetapi keadaan ini bagaikan peperangan,” katanyanya. Melihat keadaan petugas perubatan sibuk merawat mangsa yang cedera, kumpulan penunjuk perasaan lain turut menghulurkan bantuan.


Mereka mengagihkan air minuman dan makanan kepada anggota keluarga mangsa, petugas hospital dan menyuraikan orang ramai bagi memudahkan petugas bergegas membawa mangsa untuk rawatan. - AP"

No comments:

Post a Comment