Pages

Sunday, February 20, 2011

30 cedera dalam demonstrasi tuntut taraf kerakyatan Kuwait

myMetro30 cedera dalam demonstrasi tuntut taraf kerakyatan Kuwait: "


KUWAIT: Kira-kira 30 orang cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan bangsa Arab yang menuntut taraf kerakyatan di bandar raya ini, semalam.

Protes yang tercetus di Jahra di barat-laut Kuwait itu yang pertama berlaku di negara Arab terbabit sejak insiden pergolakan tercetus di Timur Tengah mulai akhir tahun lalu. Menurut sumber tentera, seramai 50 orang ditahan selepas demonstrasi dilakukan. Protes sama juga berlaku di desa Salibiya apabila 80 orang berhimpun. Dilaporkan tujuh yang cedera di Jahra adalah anggota tentera yang meleraikan demonstrasi dengan bom asap dan semburan water cannon selepas penunjuk perasaan enggan bersurai walaupun sudah diberikan amaran. Sumber Kementerian Dalam Negeri pula melaporkan penunjuk perasaan turut membaling batu apabila diarahkan bersurai.


Mereka yang menuntut taraf warganegara itu adalah penduduk yang sudah lama tinggal di Kuwait atau lebih dikenali sebagai ‘badwi jinsiyya’ (tanpa warganegara). Golongan itu menuntut taraf kerakyatan, pendidikan percuma, kemudahan kesihatan percuma, pekerjaan dan hak keistimewaan seperti yang diterima rakyat Kuwait. - Reuters"

No comments:

Post a Comment