Pages

Sunday, February 6, 2011

Pemberita asing sasaran penyokong Mubarak





2011/02/05

SEORANG wakil media asing kena belasah selepas askar kerajaan mendekatinya di Kaherah, kelmarin.
SEORANG wakil media asing kena belasah selepas askar kerajaan mendekatinya di Kaherah, kelmarin.
KAHERAH: Wartawan asing dipukul dengan kayu dan ditumbuk oleh kumpulan pro kerajaan Hosni Mubarak dengan berpuluh-puluh lagi ditahan pihak berkuasa menyebabkan masyarakat antarabangsa mengutuk serangan terhadap pemberita, jurugambar dan krew filem yang menyalurkan berita dari Mesir. 

Jurugambar asing melaporkan serangan oleh penyokong Mubarak berdekatan Dataran Tahrir, lokasi pertempuran antara penyokong Mubarak dan penunjuk perasaan yang menuntut beliau meletak jawatan selepas 30 tahun berkuasa.
Kerajaan Mesir menuduh media bersimpati kepada penunjuk perasaan yang mahu Mubarak melepaskan jawatan berbanding menjalankan tugasan mengikut peraturan ditetapkan.
Antara yang ditahan wartawan The New York Times, Washington Post dan Al-Jazeera. 

“Ini adalah hari suram bagi Mesir dan bagi wartawan. Mesir kini mencari jalan untuk mewujudkan vakum dalam maklumat yang sekali gus meletakkan kerajaan negara itu sebagai penindas terbesar,” kata Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Perlindungan Wartawan, Joel Simon. 

Kumpulan hak asasi turut menjadi sasaran. Sesetengah kumpulan berkata ramai aktivis ditahan oleh pihak polis tentera di tengah Kaherah. 

Di Berlin, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Monn mengutuk sekatan dan ancaman yang dikenakan terhadap wartawan dan kumpulan hak asasi di Kaherah. 
“Ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. Ia perlu dihentikan,” katanya. 

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) berkata, ada beberapa stesen televisyen kerajaan dan swasta dimiliki ahli perniagaan yang setia kepada Mubarak turut menyalahkan wartawan. 

Editor Luar Negara BBC, Jon Williams menerusi Twitter berkata pihak berkuasa Mesir merampas kelengkapan mereka di Hotel Hilton dalam usaha menghentikan penyiaran. 

Organisasi media menggunakan Ramses Hilton yang terletak di hadapan Dataran Tahrir untuk memantau perkembangan. 

Beberapa lelaki yang tidak dikenali turut menyerbu pejabat televisyen Alhurra milik Amerika dan mengancam bunuh dua wartawan penyiaran, kata wakil stesen itu yang kemudian ditutup. 

Dua wartawan saluran berita Fox dibelasah oleh samseng berdekatan Dataran Tahrir, Rabu lalu. – AP

No comments:

Post a Comment