Pages

Monday, February 21, 2011

Israel risau keselamatan terancam


2011/02/21

GAMBAR fail menunjukkan kapal perang Iran, Alvand berlabuh di pelabuhan untuk diselenggarakan  pada 2009.
GAMBAR fail menunjukkan kapal perang Iran, Alvand berlabuh di pelabuhan untuk diselenggarakan pada 2009.
Netanyahu dakwa Iran mahu tonjol kuasa hantar 2 kapal perang ke Terusan Suez

BAITULMAQDIS: Israel melihat penghantaran dua kapal perang Iran ke Laut Mediterranean sebagai perkembangan yang sangat membimbangkan, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, ketika kapal terbabit dijangka melepasi Terusan Suez.
Mesir memberikan kebenaran kepada kedua-dua kapal melintasi terusan itu ke Syria, buat pertama kali kapal perang Iran melakukannya sejak revolusi Islam 1979.
Laluan berkenaan mencetuskan kritikan dari Israel dengan Menteri Luarnya, Avigdor Lieberman, menyifatkan ia sebagai satu provokasi.

Ketika mesyuarat mingguan semalam, Netanyahu berkata Israel melihatkan pergerakan kapal terbabit sebagai satu penonjolan kuasa Iran.

“Hari ini kita menyaksikan ketidakstabilan rantau di mana kita tinggal dan Iran cuba untuk mengambil kesempatan dengan menonjolkan pengaruhnya dengan menghantar dua kapal perang melintasi Terusan Suez,” kata Netanyahu berdasarkan kenyataan dikeluarkan pejabat beliau.

“Israel melihat inisiatif Iran itu secara serius berikutan perkembangan yang berulang kali kita katakan sejak beberapa tahun lalu mampu mengancam keselamatan Israel,” katanya.
Seorang pegawai kanan Terusan Suez memberitahu kapal perang Iran belum lagi tiba di perairan berkenaan, selepas sebuah stesen televisyen Iran sebelum itu melaporkan kapal terbabit sudah berada di Mediterranean.

“Tiada kapal Iran melaluinya. Bukan hari ini, semalam dan hari sebelumnya,” kata ketua bilik operasi terusan terbabit, Ahmed al-Manakhly, melalui telefon.

Manakhly tidak menyatakan bila kedua-dua kapal perang Iran itu dijadualkan tiba, tetapi pegawai terusan secara peribadi berkata mereka menjangkakan ketibaan kedua-dua kapal berkenaan awal Isnin ini.

Kapal Kharg dilaporkan mempunyai kira-kira 250 krew dan boleh membawa sehingga tiga helikopter dalam satu-satu masa. Sementara itu, Alvand pula dilengkapi torpedo dan juga kapal penangkis peluru berpandu.

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan permohonan kapal itu melalui Terusan Suez dipersetujui berikutan mereka tidak membawa senjata, bahan nuklear atau kimia. –AFP
Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment