Pages

Saturday, January 1, 2011

Pengurus mayat banci hantu

MEDELLIN: Seorang pengurus mayat meningkatkan kemahirannya ke satu lagi tahap apabila melancarkan gerakan membanci hantu di bandar kedua terbesar Colombia ini.
Setakat ini, kakitangannya sudah mengumpulkan 215 roh, 23 sempat di rakam dalam kamera dan video.

“Tidak boleh disangkal bahawa bangunan dan rumah di bandar ini berhantu.

“Sudah sekian lama kita mendengar cerita mengenainya dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk mendekati, mengumpul dan mengklasifikasikan mereka menerusi bancian,” kata William Betancur.

Pemilik Rumah Pengurusan Mayat Betancur itu berkata, dia mula melakukan kerja itu beberapa minggu lalu dengan menghantar empat pekerja ke bangunan sekitar Medellin, 245 kilometer ke barat laut Bogota, ibu negara Colombia.

“Mereka kembali dengan mencatatkan penemuan dengan 215 hantu. Video dan kamera kami merakam 23 daripada mereka,” katanya dengan bangga.


Menurutnya, hantu itu akan diklasifikasikan berdasarkan bunyi, sinaran cahaya atau imej.

Betancur berkata, dia menerima panggilan setiap hari daripada orang ramai dan syarikat dari Colombia dan juga seberang laut yang menawarkan bantuan termasuk kelengkapan pengesan hantu.
“Kami merancang untuk mengambil masa setahun bagi menjalankan bancian. “Kemudian kami akan menulis buku mengenainya, atau lebih jauh daripada itu, menerbitkan filem atau dokumentari,” kata Betancur. - AFP
hmetro

No comments:

Post a Comment