Pages

Thursday, January 6, 2011

Mahkamah buat keputusan terbuka



MISTERI kematian Beng Hock (gambar kecil) belum selesai walaupun inkues selama 18 bulan telah berakhir.


SHAH ALAM - Kematian penuh kontroversi Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam di sini dua tahun lalu menemui jalan buntu apabila Mahkamah Koroner di sini semalam gagal memutuskan secara muktamad punca kematian walaupun 18 bulan inkues itu telah berlangsung.
Koroner Azmil Muntapha Abas dalam penghakiman bertulis setebal 20 muka surat dan dibaca selama 40 minit itu hanya memberikan keputusan terbuka setelah beliau menolak teori mangsa membunuh diri atau dibunuh apabila mengetepikan penglibatan pihak ketiga.
Azmil tidak dapat membuat telahan bagi mendapatkan kesimpulan kes berikutan isu-isu yang tidak selesai dan masih menimbulkan pertanyaan untuk mengaitkan mangsa dengan kedua-dua teori tersebut.
Terdahulu, Azmil mengesahkan semua pakar patologi bersetuju punca kematian Beng Hock disebabkan pelbagai kecederaan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.
Menurut Azmil, bukti didedahkan abang Beng Hock, Teoh Meng Kee menafikan niat mangsa membunuh diri apabila mangsa dijadualkan akan berkahwin selain mangsa tiada sebarang penyakit psikologi.
"Laporan Pakar Patologi, Dr. Prashant Naresh Samberkar sebaliknya berpandangan kemungkinan besar Beng Hock membunuh diri namun ia perlu diselarikan dengan fakta dan bukti langsung," kata Azmil.

No comments:

Post a Comment