Pages

Thursday, January 6, 2011

Lebih 10,000 coli dikumpul bagi wanita miskin

Cyberita Online Singapura

COLI AMAL: Cik Yee (dua dari kiri) bersama tiga kakitangan CozyCot dengan timbunan lebih 10,000 'coli amal' yang akan diderma kepada wanita kurang bernasib baik di Bali dan Kemboja. รข€“ Foto COZYCOT
SINGAPURA

KURANG sebulan setelah laman web wanita CozyCot melancarkan usaha mengumpul coli bagi membantu wanita kurang berkemampuan di rantau ini, ia mendapat sambutan amat menggalakkan - lebih 10,000 pasang coli, 400 daripadanya coli baru.

Coli pelbagai jenis, termasuk coli sukan dan korset, serta saiz, daripada A hingga G, itu didermakan anggota CozyCot dan orang ramai, termasuk warga asing.
Dalam satu kenyataan semalam, pengasas CozyCot, Cik Nicole Yee, berkata beliau amat terkejut dengan sumbangan itu kerana menjangka hanya sekitar 1,000 coli dapat dikumpul di akhir kempen tiga minggu itu.'Sambutan luar biasa oleh wanita-wanita itu amat mengharukan. Ia menunjukkan bahawa wanita di Singapura tidak akan berfikir dua kali untuk bersatu bagi tujuan baik,' kata beliau.Coli-coli itu akan dimanfaatkan kanak-kanak perempuan serta remaja di sebuah rumah anak yatim di Bali dan kanak-kanak kurang bernasib baik di kawasan setinggan di Kemboja.Sebahagian coli itu akan didermakan ke sebuah klinik sakit puan percuma dan sebuah program kemasyarakatan bagi wanita miskin di 22 kampung di Kemboja.Cik Yee berharap kejayaan usaha amal pertama CozyCot itu akan mendorong dan menyatukan sekitar 150,000 anggotanya untuk melakukan lebih dalam masa beberapa bulan mendatang.'Sebagai sebuah laman web wanita, wajar CozyCot membantu wanita lain. Kami akan menganjurkan program-program yang dapat menyediakan ruang bagi wanita melakukan sesuatu bermakna bagi orang lain,' kata Cik Yee.Menyusuli sambutan menggalakkan itu, CozyCot melanjutkan kempen mengumpul coli itu sehingga 31 Mac.Penderma boleh menyumbang coli lama, baru atau terpakai, dalam keadaan baik, di kedai CozyCot di Orchard Central, 181 Orchard Road #02-24/25 dari 11 pagi hingga 10 malam.

No comments:

Post a Comment