KULAIJAYA: “Amalan menggunakan ilmu hitam termasuk dalam sembilan jenis dosa besar kerana memohon bantuan daripada syaitan,” kata Pegawai Fala’ Syarie, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak ketika mengulas kejadian dialami Ila.
Katanya, Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud, Allah melarang keras penggunaan ilmu sihir kerana ia menggunakan syaitan dan termasuk dalam tujuh dosa besar.
Tegas Hanafiah, perbuatan menggunakan ilmu hitam bukan saja merosakkan tauhid, malah boleh mengakibatkan manusia terpesong daripada landasan agama yang sebenar.
“Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari, manusia yang menggunakan khidmat syaitan untuk memohon bantuan akan merasa kemaruk dan ketagih hingga sukar meninggalkan perbuatan itu.
“Kita dapat lihat dalam kes ini bagaimana seorang pengamal ilmu hitam berasa ketagih melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali tanpa mengira azab yang bakal diterima di akhirat kelak,” katanya.
Jelasnya, pintu taubat sentiasa terbuka kerana Allah sentiasa menerima taubat daripada hambanya yang ikhlas memohon pengampunan daripada-Nya.
Pages
▼
Wednesday, October 20, 2010
Hamas didakwa miliki peluru berpandu antipesawat
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Hamas memiliki peluru berpandu anti-pesawat yang mengancam kemampuan pasukan tentera udara Israel untuk menyerang kumpulan itu.
Pesawat Israel selama ini mendominasi ruang udara Gaza bagi melancarkan serangan terhadap tentera Hamas dan membunuh puluhan anggota pejuang kumpulan itu. Tentera udara Israel turut melancarkan serangan tiga minggu di Gaza pada tahun lalu yang menyebabkan beratus-ratus pejuang Hamas terbunuh. Serangan udara itu turut memusnahkan sebilangan besar kemudahan infrastruktur dan mengorbankan beratus-ratus orang awam.
Berucap kepada anggota parti Likud, Netanyahu mendedahkan penguasaan ruang udara Israel terancam dengan senjata baru milik Hamas itu yang dikatakan diseludup ke Gaza melalui terowong yang dihubungkan ke Mesir. - AP
Pesawat Israel selama ini mendominasi ruang udara Gaza bagi melancarkan serangan terhadap tentera Hamas dan membunuh puluhan anggota pejuang kumpulan itu. Tentera udara Israel turut melancarkan serangan tiga minggu di Gaza pada tahun lalu yang menyebabkan beratus-ratus pejuang Hamas terbunuh. Serangan udara itu turut memusnahkan sebilangan besar kemudahan infrastruktur dan mengorbankan beratus-ratus orang awam.
Berucap kepada anggota parti Likud, Netanyahu mendedahkan penguasaan ruang udara Israel terancam dengan senjata baru milik Hamas itu yang dikatakan diseludup ke Gaza melalui terowong yang dihubungkan ke Mesir. - AP
Aida makin popular
JAKARTA: Sejak kesnya dengan penceramah agama terkenal KH Zainuddin MZ tersebar, nama Aida Saskia melonjak mendadak.
Beberapa hari lalu, wanita yang mendakwa diperkosa penceramah yang terkenal dengan gelaran ‘Dai Sejuta Umat’ itu menandatangani kontrak untuk berlakon dalam sebuah filem.
Sebelum ini, Aida juga muncul dalam acara muzik di stesen televisyen nasional Indonesia. Bagaimanapun, dia menolak dakwaan popularitinya meningkat kerana kesnya dengan penceramah itu.
“Saya sudah mendapat tawaran untuk berlakon tetapi ada pihak yang menuduh ia ada kaitan dengan kes saya dengan Zainuddin MZ. Sebenarnya ia adalah hasil proses pemilihan,” katanya ketika ditemui di pejabat peguamnya di Jakarta Utara, semalam.
Dia mengaku menerima tawaran daripada syarikat penerbitan K2K Production milik Kha Kha Deeraj dan akan mula menjalani penggambaran mulai Isnin depan.
“Saya sudah pasti akan terbabit dalam perfileman dan filem pertama ini berunsur seram. Tetapi ini tiada kaitan dengan kes itu,” katanya.
Dalam pada itu, seorang ulama yang akrab dengan Zainuddin MZ, Habib Mahdi akan menemui Aida untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai dakwaannya diperkosa oleh penceramah agama itu.
“Masalah ini seperti bola panas. Jika ramai yang menendang, ramai juga yang terasa sakit. Sebagai ulama, kita akan mencari jalan penyelesaian antara Aida dan Zainuddin MZ,” kata Habib ketika dihubungi menerusi telefon. - Agensi
Beberapa hari lalu, wanita yang mendakwa diperkosa penceramah yang terkenal dengan gelaran ‘Dai Sejuta Umat’ itu menandatangani kontrak untuk berlakon dalam sebuah filem.
Sebelum ini, Aida juga muncul dalam acara muzik di stesen televisyen nasional Indonesia. Bagaimanapun, dia menolak dakwaan popularitinya meningkat kerana kesnya dengan penceramah itu.
“Saya sudah mendapat tawaran untuk berlakon tetapi ada pihak yang menuduh ia ada kaitan dengan kes saya dengan Zainuddin MZ. Sebenarnya ia adalah hasil proses pemilihan,” katanya ketika ditemui di pejabat peguamnya di Jakarta Utara, semalam.
Dia mengaku menerima tawaran daripada syarikat penerbitan K2K Production milik Kha Kha Deeraj dan akan mula menjalani penggambaran mulai Isnin depan.
“Saya sudah pasti akan terbabit dalam perfileman dan filem pertama ini berunsur seram. Tetapi ini tiada kaitan dengan kes itu,” katanya.
Dalam pada itu, seorang ulama yang akrab dengan Zainuddin MZ, Habib Mahdi akan menemui Aida untuk mencari penyelesaian terbaik mengenai dakwaannya diperkosa oleh penceramah agama itu.
“Masalah ini seperti bola panas. Jika ramai yang menendang, ramai juga yang terasa sakit. Sebagai ulama, kita akan mencari jalan penyelesaian antara Aida dan Zainuddin MZ,” kata Habib ketika dihubungi menerusi telefon. - Agensi
Pesara 100 tahun masuk universiti
GUWAHATI, (India): Seorang lelaki India yang akan berusia 100 tahun telah mendaftar masuk di universiti dan mendakwa tiada istilah lambat untuk menuntut ilmu.
“Tiada batasan umur untuk menuntut ilmu,” kata Bholaram Das (gambar), pesara hakim sejak 39 tahun lalu di timur-laut bandar Guwahati. Das akan melanjutkan pengajian doktor falsafah dan melakukan penyelidikan mengenai peranan desa kelahirannya dalam perkembangan agama Hindu.
Das yang mempunyai lima anak lelaki, seorang anak perempuan, 10 cucu dan seorang cicit dilahirkan pada 16 Oktober 1911 ketika India masih menjadi koloni British mencecah usia 99 tahun hujung minggu lalu.
“Saya sudah menjalani kehidupan yang sungguh bermakna selama hampir 100 tahun. “Saya sudah menjadi guru, membabitkan diri dalam politik dengan menyertai parti Kongres pada 1945, menjadi peguam kemudian magistret dan bersara sebagai seorang hakim pada 1971,” kata Das.
“Jarang sekali ada pelajar universiti berusia 100 tahun di mana-mana pun dalam dunia ini,” ujar Naib Canselor Universiti Guwahati, Okhil Kumar Medhi. - AFP
“Tiada batasan umur untuk menuntut ilmu,” kata Bholaram Das (gambar), pesara hakim sejak 39 tahun lalu di timur-laut bandar Guwahati. Das akan melanjutkan pengajian doktor falsafah dan melakukan penyelidikan mengenai peranan desa kelahirannya dalam perkembangan agama Hindu.
Das yang mempunyai lima anak lelaki, seorang anak perempuan, 10 cucu dan seorang cicit dilahirkan pada 16 Oktober 1911 ketika India masih menjadi koloni British mencecah usia 99 tahun hujung minggu lalu.
“Saya sudah menjalani kehidupan yang sungguh bermakna selama hampir 100 tahun. “Saya sudah menjadi guru, membabitkan diri dalam politik dengan menyertai parti Kongres pada 1945, menjadi peguam kemudian magistret dan bersara sebagai seorang hakim pada 1971,” kata Das.
“Jarang sekali ada pelajar universiti berusia 100 tahun di mana-mana pun dalam dunia ini,” ujar Naib Canselor Universiti Guwahati, Okhil Kumar Medhi. - AFP
Suasana politik Indonesia makin panas
Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my
borhan.samah@utusan.com.my
JAKARTA 19 Okt. - Suhu politik Indonesia semakin panas ekoran ura-ura terdapat gerakan untuk menjatuhkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melalui demonstrasi jalanan esok, iaitu genap setahun beliau terpilih untuk penggal kedua pemerintahannya.
Walaupun gerakan tersebut dijangka tidak sebesar seperti yang berlaku pada 1998, sehingga menjatuhkan Presiden Indonesia kedua iaitu Suharto, tetapi ia dikhuatiri menjejaskan kestabilan politik republik ini.
Pertemuan Susilo dengan pemimpin Dewan Rakyat dan Dewan Negara semalam, turut dikaitkan dengan perkembangan semasa itu, walaupun ia dinafikan oleh para elit politik terbabit.
Ia adalah pertemuan kedua dilakukan oleh Susilo iaitu kali pertama selepas 100 hari beliau dipilih sebagai Presiden untuk penggal kedua dan berikutan diancam untuk dipecat oleh lembaga pemerintahan tersebut akibat kegagalan Susilo menangani skandal Bank Century.
Ekoran itu Susilo dikatakan akan mengadakan rombakan Kabinet bagi memastikan parti-parti komponen terus memberi sokongan kepada beliau.
Umpan kerusi Kabinet itu dikatakan turut menarik minat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) pimpinan Megawati Soekarnoputri yang pada masa ini merupakan parti pembangkang yang lantang di Indonesia untuk menyertai komponen pemerintahan Susilo.
Akhbar tempatan, Media Indonesia di dalam lidah pengarangnya mengkritik tindakan Susilo sebagai tidak beretika kerana menjadikan kerusi Kabinet seperti 'urusan jual beli lembu' semata-mata untuk berkuasa.
Namun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Priyo Budi Santoso menafikan pertemuan itu membincangkan rombakan Kabinet atau soal penggulingan pemerintahan Susilo. - UTUSAN
PM Turki enggan temui Netanyahu
2010/10/20
ATHENS: Perdana Menteri Turki, Recip Tayyip Erdogan, berkata beliau tidak akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan tidak akan menghadiri persidangan perubahan iklim di Athens jika pemimpin rejim Yahudi itu menghadirinya. Turki yang sebelum ini mempunyai hubungan dengan Israel kini menjadi pengkritik keras rejim Zionis selepas sembilan aktivis pro-Palestin terbunuh dalam serbuan komando Israel ke atas flotila bantuan ke Gaza Mei lalu.“Saya tidak bersedia mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri yang berbangga dengan campur tangan ketenteraan,” kata Erdogan kepada stesen televisyen Greece, Ski TV, semalam. – Reuters
Sihir pecah belah institusi keluarga, masyarakat
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
2010/10/20
Tiada peruntukan undang-undang untuk dakwa pihak pelaku punca aktiviti semakin berleluasa SIHIR ataupun ilmu hitam bukan perkara yang baru dalam dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Sihir wujud sejak zaman berzaman seperti mana kisah Nabi Musa, ahli sihir menukarkan tali temali menjadi ular untuk berlawan dengan Baginda.Walaupun kita berada pada zaman moden dan menuju era globalisasi, amalan sihir masih diamalkan sesetengah pihak yang ingin memuaskan hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya terhadap akidah diri dan orang yang disihirkan, asalkan tujuan pihak yang menyihir tercapai.Ahli sihir biasanya melakukan apa saja yang diminta pelanggan bagi memuaskan hati serta melunaskan dendam kesumat mereka. Asalkan bayaran diberikan lumayan, maka permintaan pelanggan tertunai.
Oleh itu, berlakulah perbuatan sihir yang mengakibatkan mangsa jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab jelas, gila, bermusuhan, runsing yang kronik, bercerai-berai malah paling menakutkan sehingga boleh membawa maut.
Sihir secara langsung akan memberi kesan kepada akidah pengamalnya kerana amalan sihir berkait rapat dengan pemujaan syaitan. Maksud sihir seperti mana ditafsirkan oleh Al-Laits, adalah perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuannya.
Firman Allah yang bermaksud: “Akan tetapi syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir.” (Surah al-Baqarah, ayat 102)
Jelas di sini amalan sihir sememangnya berkait rapat dengan syaitan sekali gus memesongkan akidah pengamalnya dan berlaku syirik terhadap Allah.
Melihat situasi sihir di negara ini, sedar atau tidak amalan itu sememangnya wujud. Walaupun sering kali kita dengar orang yang disihir atau terkena ‘buatan orang’, tetapi tidak ada tindakan boleh dikenakan terhadap yang menyihir selain mengubati orang disihir itu.
Ada kala kita mengetahui orang yang menyebabkan sihir tetapi tiada sebarang peruntukan undang-undang untuk mendakwa orang yang menyihir dan ini menyebabkan ketidakadilan serta penganiayaan terhadap orang yang kena sihir, kerana yang menyihir terlepas begitu saja.
Selain kesan sihir daripada sudut akidah, amalan sihir turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan yang akan menyebabkan perpecahan keluarga.
Kesan atau pengaruh sihir boleh dilihat dalam kes Mustafa Batcha lawan Habeeba Abd Rahman (1990). Perayu dalam kes itu telah melafazkan talak sebanyak tiga kali. Perayu pada ketika itu mendakwa bahawa dia tidak berniat menceraikan isterinya tetapi melafazkan talak di bawah pengaruh sihir.
Perayu kemudian mendakwa selepas pergi ke kantin sebuah kilang, fikirannya tidak tenteram. Perayu menyatakan dia selalu bergaduh dan sering memarahi serta memukul isterinya tanpa dia sendiri menyedarinya.
Dalam keadaan tidak sedar, perayu bertindak membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk menceraikan isterinya. Pada masa sama, perayu mendapati bungkusan kain putih di dalam kantin itu dan berusaha berubat secara tradisional berjumpa seorang dukun. Menurut dukun, perayu telah disihir kerana berjaya mendapatkan tender kantin itu.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Rendah, hakim memutuskan jatuh talak tiga terhadap isterinya berdasarkan ikrar yang dibuat perayu tanpa memanggil saksi dan melihat pada keterangan lain.
Perayu kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah dan memutuskan talak itu dikira sebagai talak satu kerana semasa perayu melafazkan ikrar, beliau dikatakan di bawah pengaruh sihir.
Oleh itu, ikrar tadi berkait perkara lain sedangkan ikrar hendaklah dipastikan tidak berkait perkara lain. Selain itu, hakim Mahkamah Rendah juga tidak menyiasat dakwaan perayu bahawa semasa melafazkan talak, dia berada di bawah pengaruh sihir.
Di sini, dapat dilihat kesan sihir boleh menyebabkan perpecahan sehingga membawa kepada perceraian terhadap orang yang tidak bersalah. Jika amalan sihir tidak dikekang, dikhuatiri kesan itu akan merebak dan berlarutan tanpa diketahui penghujungnya.
Bagi mengatasi masalah ini, cadangan penggubalan undang-undang bagi mengheret pengamal sihir serta pengupahnya ke muka pengadilan adalah relevan. Kewujudan undang-undang sekali gus mengekang pengamalannya secara sewenang-wenangnya tanpa sebarang sekatan.
Walaupun dikatakan pembuktian mungkin sukar kerana sihir adalah bersifat spiritual dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, namun penghuraian setiap kategori sihir perlu dilaksanakan secara profesional dan metodologi pembuktian perlu mengikut kaedah diiktiraf syariah dan sains.
Selain itu, kita perlu melihat kesan sihir terhadap pesakit dengan kehadiran pakar dalam rawatan sihir atau perawat yang merawat mangsa sihir. Mereka ini akan memberi keterangan pakar seperti terkandung dalam undang-undang keterangan. Jadi, tidak mustahil dakwaan dapat dibuktikan.
Pada masa sama, penubuhan satu institusi atau badan dianggotai pakar perubatan daripada bidang sihir diperlukan. Badan itu akan menjadi tempat rujukan mengenai perkara sihir seperti benar atau tidak jika ada pendakwaan sihir dilakukan.
Bagaimana peruntukan undang-undang berkenaan sihir ingin diwujudkan, apa hukuman jika sabit kesalahan dan siapa boleh memperakui seseorang itu pakar? Penelitian dan perbincangan bersama pihak berkaitan seperti pengamal undang-undang, ahli agama dan pakar berkaitan diperlukan.
Kewujudan peruntukan jenayah sihir perlu bagi mengekang pengamalan sekali gus menjaga akidah dan membuka mata masyarakat bahawa pengamalan sihir salah satu kesalahan jenayah dalam Islam dan pelakunya tidak boleh terlepas begitu saja.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)http://www.bharian.com.my
Ribuan penumpang trauma tren terkandas
LONDON - Lebih 4,000 penumpang sistem tren bawah tanah Britain atau lebih dikenali sebagai Tube dilanda trauma setelah mereka terpaksa berjalan kaki dalam terowong yang gelap, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka terpaksa berjalan keluar apabila lima buah tren tiba-tiba rosak pada waktu puncak pagi kelmarin.
Terdapat penumpang yang sesak nafas dan ketakutan akibat terkandas selama beberapa jam di dalam terowong sempit selepas terputusnya bekalan kuasa bagi laluan tren bawah tanah di tengah London.
"Saya benci pada hari Isnin. Permulaan minggu ini adalah malang buat kami kerana ramai penumpang terpaksa turun dan berjalan kaki untuk mencari jalan keluar," kata seorang wanita, Sarah Khan, 24.
"Kami hanya dapat keluar selepas dua jam. Saya tidak dapat pergi bekerja kerana trauma dengan kejadian ini," tambahnya. - Agensihttp://www.kosmo.com.my
Ganja RM1.04 bilion dirampas
TIJUANA, Mexico - Pihak berkuasa Mexico kelmarin menyatakan sebanyak 105 tan ganja bernilai AS$335 juta (RM1.04 bilion) dirampas di bandar Tijuana selepas satu pertempuran berlaku dengan para penyeludup dadah.
Askar-askar dan polis merampas lebih 10,000 bungkusan ganja dalam operasi yang diadakan di sempadan Amerika Syarikat.
Menurut seorang pegawai tentera, Jeneral Alfonso Duarte Mujica, bungkusan ganja itu dirampas dalam serbuan menjelang subuh di tiga kawasan perumahan selepas polis menangkap 11 orang dalam satu pertempuran.
Rampasan itu adalah yang terbesar dalam tempoh beberapa tahun setelah berlakunya peningkatan usaha bagi memerangi kumpulan-kumpulan dadah yang menyebabkan 28,000 orang terbunuh.
Apa yang lebih menarik ialah beberapa bungkusan ganja itu mengandungi sekeping kertas yang mempunyai gambar watak siri kartun popular, Simpson, Homer.
Kertas yang menampilkan wajah Simpson itu mempunyai ayat dalam bahasa Mexico bermaksud watak itu akan berkhayal. - Agensihttp://www.kosmo.com.my
Kereta api laju jalani ujian
BERLIN - Sebuah kereta api laju buatan firma Siemens yang mampu membawa 888 penumpang dan selaju 321.87 kilometer sejam menjalani ujian pertama dengan menyeberangi Selat Inggeris ke stesen St Pancras, London dari Jerman semalam.
Kereta api itu yang akan digunakan menjelang 2012 dan dijangka menggantikan kapal terbang sebagai alat pengangkutan utama di Eropah dikendalikan oleh firma Jerman, Deutsche Bahn.
Ia yang berharga £33 juta (RM161.27 juta) sebuah bakal digunakan untuk membawa penumpang menyaksikan Sukan Olimpik di London pada 2012.
Tambang yang akan dikenakan bagi perjalanan ke Jerman dari Britain ialah antara £39 (RM190.65) hingga £49 (RM239.54). - Agensihttp://www.kosmo.com.my
Gempar klip video kuda bertanduk
ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.
Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.
"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.
Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.
"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu
Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai. - Agensihttp://www.kosmo.com.my
Lagi UFO muncul di AS
NEW YORK - Tanggapan bahawa beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat di New York pada Rabu lalu dipercayai belon kian terhakis apabila objek sama muncul di El Paso, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa objek sama itu turut dilihat El Paso, Texas pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di Bumi.
Saksi-saksi kejadian di El Paso kemudian menghubungi beberapa balai polis dan stesen berita tempatan bagi memberitahu apa yang mereka lihat itu.
Menurut mereka, satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah menjadi tiga cahaya.
Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.
Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.
Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat sejumlah penduduk di New York pada Rabu lalu.
Seterusnya, cahaya keempat muncul di El Paso.
Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.
Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.
Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat di New York pada Rabu lalu.
Dalam kejadian di New York itu, satu objek misteri berlegar di sebelah barat New York manakala ramai penduduk memikirkan apa sebenarnya yang mereka lihat.
Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.
Semasa ia muncul di New York, ketiga-tiga objek itu berlegar-legar di udara dengan menyebabkan lalu lintas terhenti.
Objek-objek itu dipercayai sebagai belon selepas seorang guru besar, Angela Freeman mendakwa 12 belon untuk meraikan seorang gurunya terlepas ke udara.
Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.
Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.
Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.
Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam. - Agensihttp://www.kosmo.com.my
Militan Chechen serang Parlimen
GROZNY, Rusia - Seramai empat orang militan Chechen menyerbu bangunan Parlimen Chechnya pada awal pagi semalam. Mereka menahan tebusan, menembak mati dua orang polis dan seorang orang awam sebelum empat pejuang tersebut dibunuh oleh anggota-anggota pihak berkuasa.
Peristiwa penuh dramatik itu nyata memberi tamparan hebat kepada Rusia yang sebelum ini mendakwa Chechnya sudah kembali stabil selepas kejatuhan Soviet Union.
Para pegawai memberitahu semua militan itu terbunuh selepas menawan bangunan Parlimen selama sejam.
Dua orang daripada mereka ditembak mati manakala bakinya membunuh diri dengan meletupkan diri dengan bom.
"Kami terdengar tembakan di halaman bangunan. Kami tahu mereka cuba menjadikan kami sebagai tebusan. Kami bagaimanapun berjaya melarikan diri ke tingkat tiga dan bersembunyi di sana sehingga semuanya berakhir," kata jurucakap Parlimen Chechen, Zelim Yakhikhanov.
Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov memberitahu agensi beritaInterfax bahawa pihak keselamatan Chechen melakukan operasi selama 20 minit untuk membunuh militan dan membebaskan ahli Parlimen serta pekerja bangunan terbabit.
Kejadian itu juga menyebabkan 17 yang lain cedera.
Militan-militan itu menuju ke dalam bangunan Parlimen dengan menggunakan sebuah kereta dan berjaya melepasi kawalan keselamatan dengan mengikut sebuah kereta yang dipandu oleh seorang ahli Parlimen.
Speaker Dukuvakha Abdurakhmanov terpaksa dikeluarkan daripada bangunan Parlimen dengan menaiki sebuah kenderaan bersenjata dan beliau tidak cedera.
Menteri Dalam Negeri Rusia yang kebetulan dalam lawatan ke Grozny, Rashid Nurgaliyev menganggap operasi pasukan keselamatan untuk membebaskan ahli Parlimen sebagai berjaya selain mendakwa Chechnya adalah stabil dan selamat. - AFPhttp://www.kosmo.com.my
Gadis Siam pembuka botol
Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
TUMPAT - Gadis berahi pembuka botol arak. Itulah gelaran popular kepada pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) warga asing yang berkhidmat di berpuluh-puluh restoran Thai yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di daerah ini.
Kebanyakan GRO itu tidak dibayar gaji oleh pengusaha restoran terbabit sebaliknya mereka diberi upah mengikut jumlah botol minuman keras yang dibuka ketika melayani pelanggan.
Upah bagi setiap botol arak yang dibuka ialah RM2.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Boon Hai berkata, Tumpat kini popular dengan kehadiran GRO Thailand yang bekerja di restoran-restoran.
Katanya, GRO mengghairahkan itu akan memujuk pelanggan supaya menempah arak yang banyak untuk mendapat upah lumayan.
"Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras sekurang-kurangnya 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO," ceritanya.
Menurut beliau, GRO yang berpakaian seksi itu akan memberi layanan istimewa bagi mendapat tips antara RM50 dan RM100.
"GRO itu turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 semalam dan akan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel murah di sini," kata beliau.
Boon Hai memberitahu, secara purata, setiap GRO boleh memperoleh pendapatan antara RM500 dan RM1,000 satu malam.
Amerika dan Israel anggap Iran cabaran terbesar
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Israel kelmarin berkata Iran merupakan 'cabaran terbesar' bagi kemantapan di Timur Tengah.
Mereka menegaskan semula komitmen bagi mencegah Teheran daripada membangunkan senjata nuklear.Kenyataan itu dibuat menyusuli rundingan antara Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Encik James Steinberg, dan Timbalan Menteri Luar Israel, Encik Daniel Ayalon, di Washington mengenai strategi bersama, termasuk Iran dan proses damai Arab-Israel.'Sementara dialog strategi hari ini merangkumi banyak perkara, jelas Iran antara cabaran terbesar yang kami hadapi di Timur Tengah,' kata mereka dalam satu kenyataan.'Keengganan berterusan Iran mematuhi tuntutan antarabangsa berhubung program nuklearnya, di samping sokongan berterusan kepada pertubuhan pengganas, merupakan kebimbangan kedua-dua negara dan masyarakat antarabangsa.'Usaha berterusan oleh masyarakat antarabangsa bagi menangani tindakan Iran menerusi tekanan dan dialog adalah penting bagi mengubah perhitungan strategi Iran dan mencegahnya daripada memperolehi keupayaan membangunkan senjata nuklear.'Washington dan Tel Aviv bimbang program nuklear Iran merupakan tabir untuk membina senjata nuklear.Dakwaan itu dinafikan Iran.Mesyuarat kelmarin berlangsung semasa rundingan damai Israel-Palestin terbantut disebabkan keengganan Israel membekukan pembinaan petempatan tidak sah Yahudi di Tebing Barat.'Amerika dan Israel menegaskan semula komitmen untuk mencapai perdamaian berkekalan antara Israel dengan Palestin dan antara Israel dengan semua negara jiran,' tambah kenyataan itu. -- AP, AFP.
Lapan mati apabila kumpulan bersenjata serang majlis di Mexico
CIUDAD JUAREZ (Mexico): Sekumpulan orang bersenjata menyerbu masuk ke satu 'majlis peribadi' di bandar Ciudad Juarez, lewat Ahad lalu.
Mereka kemudian melepaskan tembakan secara rambang dengan pistol dan senapang penggempur menyebabkan lapan orang terkorban, termasuk enam anggota sebuah keluarga, kata para pegawai keselamatan kelmarin.Empat mangsa mati di tempat kejadian, manakala dua lagi mati di hospital.Dua orang lain cuba melarikan diri tetapi diburu oleh kumpulan samseng itu dan ditembak mati dekat lapangan terbang, kata polis mengenai pembunuhan pada lewat Ahad lalu itu.Dua daripada mangsa tersebut wanita, kata polis.Sembilan orang lain ditembak mati dalam serangan ber- asingan sepanjang 24 jam lalu di Ciudad Juarez, bandar yang terletak di sempadan Mexico, bertentangan dengan El Paso, Texas, Amerika Syarikat, di seberang sungai Rio Grande, kata polis.Seramai 6,500 penduduk mati di Ciudad Juarez sepanjang tiga tahun lalu akibat pertempuran antara geng pengedar dadah Juarez dan Sinaloa berhubung laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika.Lebih 28,000 orang mati di serata Mexico disebabkan ke- ganasan yang ada kaitan dengan dadah sejak pemerintah melancarkan operasi melibatkan 5,000 askar pada Disember 2006. -- AFP.
Ibu hilang anak dipatuk ular
Oleh SAFEE MAT YUNUS
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
KEMAMAN – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa Sabariah Mansor, 42, ibu kepada bakal pengantin yang hilang, Rozaliya Mat Lazim, 20, apabila dia kini terpaksa menanggung kesakitan selepas dipatuk ular malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam ketika Sabariah bersama keluarganya baru pulang daripada menemui seorang pengamal perubatan tradisional di Kuala Kemaman untuk mencari anak perempuannya yang hilang.
Rozaliya yang dijadualkan berkahwin pada 12 November ini hilang sejak 13 Oktober lalu ketika keluar membeli barangan keperluan perkahwinan di Kuantan.
Menurut Sabariah, setiba di rumah, kaki kanannya tiba-tiba terasa sakit seperti digigit sesuatu ketika hendak menaiki tangga untuk masuk ke rumah.
Selepas diperiksa, katanya, ada kesan darah di kaki dan dia ternampak kelibat seekor ular dipercayai ular sawa tikus bergerak pantas keluar dari kawasan rumahnya.
“Akibat dipatuk ular, kaki saya bengkak dan bertukar menjadi kebiru-biruan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam.