Pages
▼
Thursday, September 23, 2010
PBB kritik siasatan jenayah perang Gaza
GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik kerajaan Israel dan kerajaan Hamas di Palestin kerana gagal menyiasat jenayah perang yang berlaku semasa peperangan 22 hari di Gaza yang berakhir Januari tahun lalu.
Menurut laporan panel Majlis Hak Asasi Manusia PBB, hanya pegawai bawahan Israel yang disoal siasat dalam siasatan yang dianggap tidak telus.
Majlis itu juga mempersalahkan Israel yang tidak bekerjasama dengan permintaan panel itu untuk mendapatkan maklumat serta bagi memasuki Israel dan Tebing Barat.
Laporan itu turut menyebut kumpulah pejuang Hamas yang memerintah Gaza 'tidak mengambil langkah perlu' dalam menyiasat tuduhan yang dilemparkan ke atas kumpulan itu oleh panel siasatan perang Gaza yang diketuai hakim Afrika Selatan, Richard Goldstone.
Majlis berpusat di Geneva itu akan membentangkan penemuan panel itu, Isnin depan, sehari selepas ia dijadualkan menerima satu lagi laporan mengenai serangan ganas tentera Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza, Mei lalu.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB diwakili oleh negara-negara dari Asia, Afrika dan Amerika Latin dan sering memantau tindakan Israel.
Keganasan mungkin tercetus
TEL AVIV - Ketua tentera Israel, Gabi Ashkenazi memberi amaran bahawa kegagalan rundingan damai antara Palestin dan Israel mungkin mencetuskan protes dan serangan ganas di wilayah Palestin yang dikuasai Israel di Tebing Barat.
Kenyataan Ashkenazi itu dikeluarkan selepas Washington, yang menjadi orang tengah dalam rundingan terbaru itu, menyuarakan kebimbangan rundingan itu akan terhenti selepas kedua pihak gagal mencapai kesepakatan mengenai isu penempatan Yahudi di Tebing Barat.
Israel menerima tekanan Amerika Syarikat dan Kuartet Timur Tengah supaya melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang akan berakhir, 26 September depan.
Kerajaan Palestin memberi amaran akan menarik diri daripada rundingan itu jika tempoh pembekuan tidak dilanjutkan.
Ashkenazi berkata, tentera Israel sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika rundingan rapuh itu gagal, termasuk demonstrasi ganas dan serangan ke atas Israel.
Kebangkitan pejuang Palestin, atau dikenali sebagai Intifada Kedua berlaku selepas rundingan damai antara Palestin dan Israel menemui kegagalan, pada 2000.
Serangan ke atas konvoi pasti berlaku
TEL AVIV - Ketua Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Gabi Ashkenazi menegaskan pertembungan di atas kapal konvoi bantuan ke Gaza pada masa hadapan akan mengakibatkan lebih banyak kecederaan dan kematian. Pemimpin tertinggi pasukan tentera Israel itu membentangkan penilaian beliau di Parlimen selepas terdapat laporan sebuah lagi kapal bantuan ke Gaza akan berlepas dari Libya untuk menyertai konvoi besar yang akan berlayar dari Eropah ke Gaza. "Ini adalah cabaran kepada IDF, jika kita bertembung dengan kapal yang banyak dan mereka menggunakan kekerasan, kita tidak dapat mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan dan kematian. ”Kami memberi perhatian kepada konvoi terbesar yang disertai puluhan kapal yang akan berlayar dari Eropah dengan penumpang dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat," katanya. |
Lebih 10 juta kanak-kanak mangsa banjir
GENEVA - Sekurang-kurangnya 10 juta mangsa banjir di Pakistan adalah kanak-kanak yang turut menghadapi masalah kesihatan, pemakanan, pendidikan dan perlindungan. Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dalam laporan berhubung bencana ini menyatakan, krisis kemanusiaan di Pakistan kini terlalu kritikal. "Masyarakat dunia perlu segera menghulurkan bantuan kepada lebih 20 juta penduduk Pakistan, khususnya memandangkan hampir separuh jumlah itu adalah kanak-kanak dan remaja," menurut laporan itu yang dikeluarkan di Geneva, kelmarin. Unicef merayu bantuan AS$252.3 juta (RM780.5 juta) yang dapat digunakan untuk membantu mangsa banjir sehingga Julai 2011. |
10 Kelebihan Orang Menghubung Silatul Rahim
Abul Laits berkata: “Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
- Mendapat keridhoan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
- Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mukmin
- Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
- Mendapat pujian kaum muslimin
- Menjengkelkan iblis laknatullah
- Menambah umur
- Menjadi berkat rezekinya
- Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
- Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
- Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya
180 Penduduk amerika memeluk Islam kerana peristiwa cubaan membakar Al-Quran
صورة للوحة زيتية قديمة تظهر إحراق المصاحف والكتب الإسلامية من قبل أعضاء محاكم التفتيش في أسبانيا
Disebabkan peristiwa cubaan membakar Al-Quran 180 amerika telah memeluk Islam.
0 أمريكيا اعتنقوا الإسلام عقب محاولة حرق المصحف
أكد محمد ناصر مدير المركز الإسلامي التابع لمنطقة واشنطن الكبرى، والتي تضم خمس مناطق من ميريلاند وفرجينيا والعاصمة واشنطن، أن نحو 180 أمريكيا بين رجل وامرأة وبأعمار متفاوتة اعتنقوا الإسلام تزامنا مع وقع التهديدات بحرق نسخ من القرآن الكريم وصخب الاعتراض على إقامة مسجد بيت قرطبة في غراوند زيرو في نيويورك. وعزا ناصر سبب ارتفاع عدد معتنقي الإسلام في هذه المنطقة الحيوية من الولايات المتحدة إلى ثقافة المطالعة والقراءة عن الإسلام والسيرة النبوية من مشارب ومواقع عدة منها ما هو معاد ومنها ما هو منصف.
وقال المواطن الأمريكي، روبرت سبنسر، من شمال شرق واشنطن العاصمة والذي أسلم وتسمى بـ”عبدالرحمن”: “أتابع النمو السريع للإسلام في العالم الغربي، والناس هنا يعترفون أن أعداد الذين يعتنقون الإسلام كل عام في العالم الغربي كبير جداً ومتسارع، ففي 12 سنة تم بناء أكثر من 1200 مسجد في الولايات المتحدة الأمريكية (بمعدل مائة مسجد سنوياً)، والشيء العجيب أن معظم الذين يعتنقون الإسلام من الأمريكيين يتحولون إلى دعاة للإسلام بعد أن يلتزموا بشكل مذهل بتعاليم الإسلام”.
Al-Quran Tulisan Tangan Maharaja Aurangzeb rah Ditemui
Baru- baru ini satu Quran lama tulisan tangan yang ditulis oleh Maharaja Monggol Aurangzeb rah salah seorang maharaja Dinasti Monggol di India telah dijumpai. Al-Quran tulisan tangan tersebut diandaikan berumur hampir 400 tahun ( 1636M – 1644M & 1653M – 1658M )
Beratnya 13.5kg manakala panjangnya 39.5cm dan lebarnya 20cm. Hiasan mukanya dengan bertahtakan emas dan perak.
Setiap muka surat Al-Quran berkenaan diwangikan dengan wangian yang berbeza-beza serta muka surat dan kulit hadapan dicipta khas untuk rintangan api ( fire proofed )
Al-Quran ini dirampas oleh pihak polis India dari seorang lelaki Hindu, M.G Sukumar dari Kerala ketika cuba menjualnya pada orang ramai khusus kepada pelancong asing dengan harga 5 Crore Rupees.
Komentar :
Aurangzeb rah sememangnya terkenal sebagai Maharaja Dinasti Monggol yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Malah sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya salah seorang waliAllah di zamannya.
Mengikut sesetengah catatan mengatakan bahawa beliau belajar agama dari salah seorang ulama paling terkenal di zamannya yang dikenali sebagi "Mulla Ji Wun".
Penemuan Al-Quran bekenaan membuktikan kehebatan dan keagongan Islam di zaman tersebut. Ianya dianggap sebagai penemuan barang bersejarah yang paling tinggi nilainya. Malah dianggap hasil seni yang istimewa sebagaimana Taj Mahal, Red Fort, Kutub Minar, Istana Mysor dan lain-lain kesan sejarah di Benua India.
Dari kesan sejarah inilah menghasilkan pendapatan negara paling tinggi di India dari sektor pelancongan. Nehru, Perdana Menteri India yang pertama pernah mengatakan bahawa,"Kalaulah tidak kerana Islam menguasai India maka India tidak akan maju dan berkembang."
Bayangkan India telah diperintah oleh Kerajaan Islam hampir 600 tahun manakala kerajaan Hindu India sekarang ini memerintah hanya sekitar 60 tahun sahaja. Itu pun melalui penjajahan Kerajaan British serta memecahkan India kepada 3 bahagian iaitu India,Pakistan dan Bangladesh. Kalaulah semua itu masih di dalam Benua India, Maka rasanya pasti sukar Kerajaan Hindu sekarang boleh bertahan.
Wallahualam.
Banglo berhantu gagal dilelong
PORTSMOUTH - Sebuah banglo yang didakwa antara hartanah paling berhantu di Britain gagal dilelong, lapor sebuah akhbar semalam.
Banglo berkenaan yang dikenali sebagai Wymering Manor dan dibina pada kurun ke-17 dipercayai merupakan rumah paling tua di sini, selatan England.
Kediaman itu yang perlu dibaiki jika mahu didiami dilelong oleh Firma Lelongan Andrews & Robertson dengan harga permulaan £375,000 (RM1.8 juta) di London baru-baru ini.
Ekoran beberapa kejadian aneh, pengawal keselamatan enggan bertugas seorang diri pada waktu malam di banglo itu kerana takut kehadiran roh jahat.
Pelbagai kejadian seram termasuk suhu sejuk berlaku secara tiba-tiba, terdapat suara bisikan kanak-kanak dan kemunculan beberapa lembaga pernah dicatatkan dalam dokumen mengenai aktiviti paranormal di kediaman berkenaan. - Agensi
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
Kisah benar perisik dalam James Bond
LONDON - Salah satu adegan dalam filem James Bond berjudulGoldfinger dihasilkan menerusi kisah benar seorang perisik Agensi Perisikan Britain, MI6, lapor sebuah akhbar semalam.
Adegan itu menunjukkan James Bond yang dilakonkan oleh Sean Connery keluar dari laut dengan memakai pakaian renang sebelum dia menanggalkannya.
Dalam adegan itu, dia turut memakai sut makan malam semasa menanggalkan pakaian renangnya itu.
Adegan itu sebenarnya benar-benar berlaku ke atas seorang ejen perisik MI6, Pieter Tazelaar.
Filem Goldfinger mengisahkan tentang ejen perisik James Bond menjejaki penyeludup emas, Auric Goldfinger yang merancang untuk meletupkan bom nuklear di dalam pusat penyimpanan emas Fort Knox.
Aksi dalam filem Goldfinger pada tahun 1964 itu merupakan pengalaman sebenar ejen Pieter Tazelaar yang diceritakan oleh pakar sejarah Universiti Queen's, Belfast, Profesor Keith Jeffery dalam bukunya yang berjudul M16 The History of the Secret Intelligence Service 1909-1949.
Dalam buku itu, Tezelaar dibawa masuk melalui laut pada tahun 1940 untuk berhubung dengan ejen-ejen di Belanda.
Ketika itu, MI6 diberi amaran bahawa perisik Nazi mungkin cuba untuk membunuh Perdana Menteri Britain, Neville Chamberlain dengan memasukkan racun ke dalam susunya.
Dokumen Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS) pada Ogos 1939 itu menunjukkan pejabat Perdana Menteri Britain di London menerima bungkusan daripada seorang penghantar susu sekali gus menyebabkan pihak keselamatan bimbang mengenai peperangan bakteria.
Buku itu menyatakan Tezelaar yang memakai pakaian renang tiba pada pukul 4.35 pagi pada 23 November di Scheveningen, Belanda berhampiran sebuah kasino.
Dia kemudian menanggalkan pakaian renang dan berjalan dengan pakaian sut malam.
Tezelaar memakai sut getah yang direka khas bagi memastikan badannya kering semasa tiba di pantai dekat kasino itu.
Ketika di pantai, rakan sekerjanya, Erik Hazelhof merenjiskan sedikit alkohol Hennessy XO ke arah tubuh Tezelaar supaya baunya sinonim dengan suasana berparti.
Buku itu turut menceritakan mengenai 'Cawangan Q' yang menghasilkan pelbagai jenis gajet dalam SIS.
Dalam kehidupan sebenar, para juruteknik cawangan itu mencipta peralatan seperti kabinet fail yang boleh meletup untuk memusnahkan dokumen yang mungkin akan dirampas oleh musuh.
Cawangan itu menghasilkan rokok yang mengandungi dadah untuk mengalih perhatian musuh. - Agensi
Lebih 10,000 buah sekolah rosak di Pakistan
ISLAMABAD - Banjir di Pakistan telah merosakkan lebih 10,000 buah sekolah dan menjejaskan pembelajaran berjuta-juta pelajar di negara berkenaan.
Ekoran itu, pelaburan yang besar diperlukan untuk menjadikan penduduk negara tersebut celik ilmu.
Hujan lebat pada Julai lalu di kawasan utara dan banjir yang mula merebak ke bahagian selatan menenggelamkan banyak kampung dan tanah ladang sekali gus menjejaskan kehidupan di kawasan seluas England.
"Lima hingga enam peratus daripada semua sekolah telah rosak akibat banjir.
"Ini bermakna 1.5 juta hingga 2.5 juta pelajar telah menerima kesannya. Jumlah tersebut boleh meningkat dan akan meningkat," kata seorang pegawai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Umar Amal.
Umar memberitahu lebih 9,780 buah sekolah mengalami kerosakan akibat banjir itu. - AFP
Duta Malaysia diberi kata dua
JAKARTA - Sekitar 500 warga Indonesia mengadakan demonstrasi bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di sini semalam kerana mengutuk penderaan seorang pembantu rumah Indonesia oleh majikannya di Malaysia.
Berang berhubung kes terbaru seorang pembantu rumah Indonesia dirogol dan diseksa di Malaysia, kumpulan penunjuk perasaan itu mengepung kediaman Duta, Syed Munshe Afdzaruddin dan menuntut beliau meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.
Pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Winfaedah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 September lepas dan berumur 26 tahun itu dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya di Malaysia.
Ekoran itu, sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Mereka turut bergerak ke Kedutaan Malaysia dan mengancam menuju ke beberapa pusat membeli-belah dan hotel berdekatan untuk mengarahkan pelancong-pelancong Malaysia supaya meninggalkan negara itu.
Tunjuk perasaan tersebut berlangsung di bawah kawalan pihak polis.
"Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Sekiranya beliau enggan, kami akan mengosongkan rumahnya," kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.
Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Bendera yang merupakan sebuah kumpulan nasionalis Indonesia.
"Malaysia benar-benar melampaui batas. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pekerja domestik kita. Kami telah hilang sabar. Mereka menjatuhkan maruah Indonesia dan rakyatnya," tambah lelaki itu.
Penunjuk-penunjuk perasaan melaungkan kata-kata 'Orang Malaysia biadab, menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia di samping membawa sepanduk yang tertera slogan Ganyang Malaysia.
"Kami akan meminta pelancong-pelancong Malaysia di pusat beli-belah di Senayan supaya keluar (dari Indonesia). Namun, kami akan memberitahu mereka dengan cara sopan kerana kami bukannya zalim dan perogol seperti beberapa warga Malaysia," ujar Mustar.
Seorang jurucakap polis di Jakarta, Boy Rafli bagaimanapun meminta semua pihak supaya tidak bimbang kerana polis akan memastikan kumpulan tersebut tidak bertindak di luar batasan. - Agensi
Kekangan idea Barat di Vietnam
TAJUK buku Democracy in America hasil karya klasik penulis Perancis, Alexis de Tocqueville's tidak mendapat penerimaan yang baik oleh kerajaan Vietnam, menyebabkan ia muncul di bawah satu nama lain.
Apabila hasil karya itu diterbitkan oleh Knowledge Publishing House (Knowledge) di Hanoi tiga tahun lalu, tiada perkataan demokrasi diletakkan pada tajuknya selepas ia ditukar kepada Governance of the American People.
Penapisan di negara satu parti itu adalah satu-satunya cabaran yang dihadapi oleh para penerbit, yang berhasrat menterjemah karya filosofi Barat, pemikiran politik dan sains sosial.
Mereka juga berhadapan kekurangan penterjemah yang mampu bekerja dengan karya-karya hebat daripada pemikiran Barat, sama seperti kurangnya kelompok pembaca di negara itu.
"Akibat peperangan dan masalah yang diwariskan sejarah, pendidikan Vietnam hampir mengabaikan keseluruhan nilai universal yang terkandung di dalam karya klasik Barat," kata editor dan pengarah syarikat penerbitan berkenaan, Chu Hao, 70.
"Apa yang dapat dipelajari terhad kepada kandungan manual Marxisme-Leninisme. Kini filosofi, terutama sejarah filosofi adalah sesuatu yang asing bagi pelajar Vietnam," katanya.
Hao yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sains berkata, filosofi penting untuk pembangunan peribadi. Apabila diabaikan, ia akan memberi kesan buruk terhadap pembangunan negara untuk jangka pendek dan panjang.
Penerbit mula memberi fokus untuk menerbitkan karya beberapa penulis terkenal kira-kira empat tahun lalu, kata Pham Toan yang menterjemah klasik Tocqueville 1835.
Karya-karya lain termasuk oleh ahli falsafah British dari abad ke-19, John Stuart Mill dan dari era moden, iaitu pengkritik Amerika, Noam Chomsky.
Setelah itu datang pula karya lain dari abad ke-18 oleh pemikir Perancis, Jean-Jacques Rousseau dan Voltaire serta beberapa orang lagi.
Menurut Hao, secara keseluruhannya, lebih 100 tajuk telah diterjemah dan dijual kira-kira 2,000 salinan setiap satu. Karya-karya berkenaan kebanyakannya dibaca oleh pengkaji dan ahli perniagaan berbanding golongan pelajar dan birokrat.
Seperti penerbit lain di Vietnam, Knowledge berhubung dengan sebuah agensi di negara berkenaan. Dalam kes ini, ia adalah Kesatuan Sains dan Pertubuhan Teknologi Vietnam (VUSTA).
Sejajar dengan sumbangan kewangan daripada VUSTA, kakitangannya turut mendapat sumbangan peribadi atau sokongan daripada kedutaan-kedutaan asing.
Untuk terjemahan daripada pelbagai bahasa Eropah ke dalam bahasa Vietnam, Hao sebagai pengarang mendapatkan khidmat ahli bahasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Orang Vietnam yang lebih muda kurang fasih berbahasa Perancis. Mereka lebih selesa berbahasa Inggeris atau bahasa asing lain untuk berhubung dengan dunia luar.
Pengetahuan am
Selain daripada itu, Hao turut menyesali tahap pengetahuan am yang rendah di kalangan generasi muda akibat kelemahan pendidikan Vietnam selama bertahun-tahun.
Kira-kira separuh daripada warga Vietnam adalah berumur kurang 30 tahun.
Pakar mengatakan sistem pendidikan negara berkenaan jauh ketinggalan berbanding standard antarabangsa, berpunca daripada masalah rasuah dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran yang tidak sesuai dengan keperluan negara.
Pengkritik berkata sistem pendidikan negara berkenaan bergantung kepada pengulangan dan refleksi.
Bekerja dengan hasil karya berunsur liberalisme atau demokrasi seperti Tocqueville's merupakan satu cabaran akibat sekatan ideologi negara.
"Terdapat peraturan tidak bertulis, zon sensitif yang tidak boleh dilangkau penerbit," kata Hao.
Namun, sensitiviti itu berkurangan sejak 1986 apabila Vietnam memulakan polisi Doi Moi yang mula membuka mata kepada dunia.
Apabila badan penapis masih cuba untuk campur tangan, Hao berkata, dia cuba menjelaskan mengenai kepentingan menerima perbezaan. Dia juga berdebat bahawa perkara yang tidak sama dengan pandangan parti komunis tidak semestinya menentang kemajuan.
Dugaan suami isteri muda
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
aqmar.alladad@kosmo.com.my
“KAU dah gatal ke apa?” Itulah pertanyaan terpacul spontan daripada mulut ibu Zainor Masziah Zainudin yang masih teriang-ngiang di telinganya sehingga hari ini.
Tidak menyalahkan ibunya itu, Zainor menyedari tindakan meluahkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun ketika baru menamatkan sekolah menengah pasti membuatkan mana-mana ibu bapa terkejut besar.
Namun, tidak mahu kasih sayangnya terhadap seorang lelaki membuatkan dia menjadi anak derhaka, Zainor memohon keizinan ibu bapa dengan penuh tertib.
Apatah lagi, kedua ibu bapa beliau sememangnya sudah pun mengenali jejaka pilihannya, Muhammad Bakhtiar Aznan yang ketika itu berusia 21 tahun. Jika cerita cinta pada usia belasan tahun bagi sesetengah orang dipanggil cinta monyet, tetapi Zainor dan Bakhtiar membuktikan cinta yang dibina sejak mereka masing-masing berusia 14 dan 17 tahun mampu menjejak ke jenjang pelamin.
“Ibu mana yang tidak terkejut dengan soalan saya yang ingin berumah tangga pada usia yang sangat muda. Tetapi orang tua saya memang sudah tahu pilihan hati saya kerana saya memang tidak menyorokkan hubungan bersama Bakhtiar,” kata Zainor yang mengakui pernah dipisahkan dengan Bakhtiar apabila dihantar belajar di sebuah kolej di Melaka.
Mengimbau detik-detik yang menduga cinta remaja mereka kira-kira tujuh tahun lalu, ungkap Bakhtiar, hati kekasih mana yang tidak berduka lara apabila buah hatinya dihantar belajar sampai ke Melaka sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berjauhan sewaktu menginap di kawasan kejiranan berdekatan di Serdang, Selangor.
“Bayangkan dari sekolah lagi kami tidak pernah berpisah. Tiba-tiba keluarga Zainor menghantar dia ke Melaka untuk meneruskan pelajaran. Sebab itulah, demi Zainor saya sanggup ke Melaka sampai tiga kali seminggu untuk bertemunya,” jelas Bakhtiar yang mengakui kerana kesungguhan itulah yang mungkin melembutkan hati mertuanya.
Ujian berkeluarga
Mendirikan rumah tangga secara sederhana, Zainor dan Bakhtiar tidak menafikan menempuh gerbang perkahwinan pada usia remaja menuntut banyak dugaan berbanding pasangan lain.
Antaranya termasuklah persepsi negatif masyarakat sekeliling yang melihat perkahwinan pada usia yang muda seperti mereka disebabkan oleh pasangan tersebut terlanjur.
“Tidak terlalu mengambil pusing dengan pendapat seperti itu, apa yang lebih penting pada saya ketika itu adalah untuk mendapat restu daripada orang tua kedua-dua belah,” ungkap Zainor.
Malah, akuinya kerana restu itu jugalah, akhirnya dugaan seterusnya yang dihadapi oleh mereka sebagai pasangan suami isteri muda dapat ditempuhi dengan lebih mudah.
Ujar Zainor, selepas setahun menempuh gerbang perkahwinan dia melahirkan zuriat comel bernama Muhammad Ashil Shafwan. Namun, oleh kerana dia masih belum bekerja, ketiga-tiga anak-beranak itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Bakhtiar yang bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM800 sebulan.
“Memang kami kena berjimat-cermat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak. Tahu sajalah membeli keperluan bayi zaman sekarang bukanlah murah. Tetapi mujur, apabila perkahwinan mendapat restu orang tua di kedua-dua belah pihak, ibu bapa dan mertua saya banyak menghulurkan sokongan.
“Malah ketika itu, untuk berjimat-cermat kami tinggal bersama-sama dengan mentua saya,” ujar Zainor yang bersyukur selepas melahirkan anak kedua, Aliya El Quzandrea, 4, rezeki mereka juga bertambah apabila suaminya mendapat kerja di Jabatan Penerbangan Awam, manakala dia sendiri bertugas sebagai kerani eksekutif di sebuah syarikat di Kelana Jaya.
Cinta zaman sekolah
Berkongsi jalan cerita yang hampir sama apabila mendapat tentangan keluarga kerana dianggap masih mentah, bagaimanapun hasrat pasangan Muhammad Razie Abd. Rahman, 23, dan Nurul Nadia Md. Mokhtar, 22, tertunai juga selepas mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.
Bermula sebagai teman rapat, namun disebabkan, perjalanan hidup banyak diluangkan bersama iaitu sejak bangku sekolah menengah sehingga menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka sukar untuk dipisahkan.
Malah, kedua-duanya juga mempunyai minat sukan yang sama sebagai atlet hoki kebangsaan.
“Saya akui berkahwin pada usia 22 tahun memang agak muda. Malah, hasrat kami bergelar suami isteri turut ditentang oleh abang. Bagaimanapun, saya menerima teguran itu dan berani ‘berdiri’ untuk menyakinkan bahawa kami sudah bersedia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Ditanya mengenai dakwaan segelintir masyarakat bahawa pasangan berkahwin muda berisiko tinggi untuk menemui jalan perceraian kerana dikatakan kurang matang celah Nadia, situasi itu bergantung kepada pasangan terbabit.
Misalnya, berlaku perselisihan faham, jalan penyelesaiannya adalah pasangan tersebut tidak boleh memendam perasaan.
Sebaliknya, mereka harus berani berhadapan dan bersemuka menanyakan perkara yang terbuku di hati.
“Perceraian tidak boleh disalahkan akibat usia pasangan itu. Bagaimanapun, paling penting rumah tangga perlu ada kejujuran dan komunikasi yang baik antara pasangan anda,” terangnya.
Elak gejala sosial
Meluahkan kisah perkahwinan mudanya pada usia 19 tahun, Siti Arina Abdul Hashim, 24, tidak pernah menyesal memegang status isteri pada usia itu.
Baginya daripada melakukan perbuatan terkutuk atau terlanjur, elok sekiranya hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah.
Menurut Arina yang bekerja sebagai kerani lagi, ketika awal berumah tangga kedudukan kewangan dia dan suami boleh dikatakan cukup sederhana.
“Memang secara jujur kami pernah berhadapan dengan masalah kewangan pada awal perkahwinan. Namun, dengan usaha yang gigih dan saling berusaha mencari pendapatan, kami dapat menyelesaikannya dengan baik,” terangnya yang kini memiliki seorang cahaya mata bersama suami tercinta, Azli Hussein, 26.i.