Pages
▼
Thursday, September 23, 2010
PBB kritik siasatan jenayah perang Gaza
GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik kerajaan Israel dan kerajaan Hamas di Palestin kerana gagal menyiasat jenayah perang yang berlaku semasa peperangan 22 hari di Gaza yang berakhir Januari tahun lalu.
Menurut laporan panel Majlis Hak Asasi Manusia PBB, hanya pegawai bawahan Israel yang disoal siasat dalam siasatan yang dianggap tidak telus.
Majlis itu juga mempersalahkan Israel yang tidak bekerjasama dengan permintaan panel itu untuk mendapatkan maklumat serta bagi memasuki Israel dan Tebing Barat.
Laporan itu turut menyebut kumpulah pejuang Hamas yang memerintah Gaza 'tidak mengambil langkah perlu' dalam menyiasat tuduhan yang dilemparkan ke atas kumpulan itu oleh panel siasatan perang Gaza yang diketuai hakim Afrika Selatan, Richard Goldstone.
Majlis berpusat di Geneva itu akan membentangkan penemuan panel itu, Isnin depan, sehari selepas ia dijadualkan menerima satu lagi laporan mengenai serangan ganas tentera Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza, Mei lalu.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB diwakili oleh negara-negara dari Asia, Afrika dan Amerika Latin dan sering memantau tindakan Israel.
No comments:
Post a Comment