Pages

Thursday, September 23, 2010

Kekangan idea Barat di Vietnam



PENGETAHUAN am masyarakat Vietnam dilihat tidak berkembang kerana kelemahan sistem pendidikan tempatan. - Gambar hiasan.


TAJUK buku Democracy in America hasil karya klasik penulis Perancis, Alexis de Tocqueville's tidak mendapat penerimaan yang baik oleh kerajaan Vietnam, menyebabkan ia muncul di bawah satu nama lain.
Apabila hasil karya itu diterbitkan oleh Knowledge Publishing House (Knowledge) di Hanoi tiga tahun lalu, tiada perkataan demokrasi diletakkan pada tajuknya selepas ia ditukar kepada Governance of the American People.
Penapisan di negara satu parti itu adalah satu-satunya cabaran yang dihadapi oleh para penerbit, yang berhasrat menterjemah karya filosofi Barat, pemikiran politik dan sains sosial.
Mereka juga berhadapan kekurangan penterjemah yang mampu bekerja dengan karya-karya hebat daripada pemikiran Barat, sama seperti kurangnya kelompok pembaca di negara itu.
"Akibat peperangan dan masalah yang diwariskan sejarah, pendidikan Vietnam hampir mengabaikan keseluruhan nilai universal yang terkandung di dalam karya klasik Barat," kata editor dan pengarah syarikat penerbitan berkenaan, Chu Hao, 70.
"Apa yang dapat dipelajari terhad kepada kandungan manual Marxisme-Leninisme. Kini filosofi, terutama sejarah filosofi adalah sesuatu yang asing bagi pelajar Vietnam," katanya.
Hao yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sains berkata, filosofi penting untuk pembangunan peribadi. Apabila diabaikan, ia akan memberi kesan buruk terhadap pembangunan negara untuk jangka pendek dan panjang.
Penerbit mula memberi fokus untuk menerbitkan karya beberapa penulis terkenal kira-kira empat tahun lalu, kata Pham Toan yang menterjemah klasik Tocqueville 1835.
Karya-karya lain termasuk oleh ahli falsafah British dari abad ke-19, John Stuart Mill dan dari era moden, iaitu pengkritik Amerika, Noam Chomsky.
Setelah itu datang pula karya lain dari abad ke-18 oleh pemikir Perancis, Jean-Jacques Rousseau dan Voltaire serta beberapa orang lagi.
Menurut Hao, secara keseluruhannya, lebih 100 tajuk telah diterjemah dan dijual kira-kira 2,000 salinan setiap satu. Karya-karya berkenaan kebanyakannya dibaca oleh pengkaji dan ahli perniagaan berbanding golongan pelajar dan birokrat.
Seperti penerbit lain di Vietnam, Knowledge berhubung dengan sebuah agensi di negara berkenaan. Dalam kes ini, ia adalah Kesatuan Sains dan Pertubuhan Teknologi Vietnam (VUSTA).

KEBANYAKAN hasil penulisan Barat yang diterjemah ke dalam bahasa Vietnam hanya dibaca golongan pengkaji dan juga ahli perniagaan.


Sejajar dengan sumbangan kewangan daripada VUSTA, kakitangannya turut mendapat sumbangan peribadi atau sokongan daripada kedutaan-kedutaan asing.
Untuk terjemahan daripada pelbagai bahasa Eropah ke dalam bahasa Vietnam, Hao sebagai pengarang mendapatkan khidmat ahli bahasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Orang Vietnam yang lebih muda kurang fasih berbahasa Perancis. Mereka lebih selesa berbahasa Inggeris atau bahasa asing lain untuk berhubung dengan dunia luar.
Pengetahuan am
Selain daripada itu, Hao turut menyesali tahap pengetahuan am yang rendah di kalangan generasi muda akibat kelemahan pendidikan Vietnam selama bertahun-tahun.
Kira-kira separuh daripada warga Vietnam adalah berumur kurang 30 tahun.
Pakar mengatakan sistem pendidikan negara berkenaan jauh ketinggalan berbanding standard antarabangsa, berpunca daripada masalah rasuah dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran yang tidak sesuai dengan keperluan negara.
Pengkritik berkata sistem pendidikan negara berkenaan bergantung kepada pengulangan dan refleksi.
Bekerja dengan hasil karya berunsur liberalisme atau demokrasi seperti Tocqueville's merupakan satu cabaran akibat sekatan ideologi negara.
"Terdapat peraturan tidak bertulis, zon sensitif yang tidak boleh dilangkau penerbit," kata Hao.
Namun, sensitiviti itu berkurangan sejak 1986 apabila Vietnam memulakan polisi Doi Moi yang mula membuka mata kepada dunia.
Apabila badan penapis masih cuba untuk campur tangan, Hao berkata, dia cuba menjelaskan mengenai kepentingan menerima perbezaan. Dia juga berdebat bahawa perkara yang tidak sama dengan pandangan parti komunis tidak semestinya menentang kemajuan.

No comments:

Post a Comment