Pages

Wednesday, May 5, 2010

Buang bayi makin menjadi-jadi macam buang sampah saja

Menangis digigit semut

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/05/05
SEPANG: “Apa jenis manusia yang sanggup membuang bayi sekecil ini di atas lantai sehingga dihurung semut,” kata Nordin Kasbon, 61, antara individu terawal yang menemui bayi lelaki berusia kira-kira sebulan di sebuah wakaf berhampiran surau Kampung Jenderam Hulu di sini, semalam.
Menurutnya, tangisan dipercayai akibat digigit semut itu menyedarkan penduduk berhampiran mengenai kehadiran seorang bayi di situ pada jam 7 pagi.
Nordin berkata, bayi itu yang lengkap berbaju dan seluar serta sarung tangan dibalut dengan kain batik lusuh serta dibaringkan di atas simen tanpa bantal.

“Bayi itu diletakkan di atas simen dan menangis kerana digigit semut dan dahaga selepas ditinggalkan ibunya dengan harapan ada jemaah surau menemui bayi itu.

“Tanpa berlengah, saya meminta jiran menyuapkan susu ke mulut bayi itu yang cukup dahaga selepas ditinggalkan ibu,” katanya yang juga pengawal keselamatan di sebuah premis di kampung berkenaan.

Nordin berkata, berdasarkan keadaan badan dan tali pusatnya yang sudah dibuang, bayi itu mungkin berusia beberapa minggu.

Dia yakin ibu bayi itu meletakkan anaknya di wakaf berkenaan dengan harapan ditemui jemaah masjid yang selesai menunaikan solat duha di surau berkenaan.

“Selepas bayi itu dijaga penduduk kampung buat sementara, saya menghubungi polis yang kemudian membawa bayi itu mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Salak sebelum dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk urusan selanjutnya,” katanya yang tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang pasangan di kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahedi Ayob berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan.






Wanita jelita bawa penyakit

LONDON: Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda.
Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh.
AKTRES Angelina Jolie sering dinobat sebagai wanita paling jelita di dunia.
AKTRES Angelina Jolie sering dinobat sebagai wanita paling jelita di dunia.Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka.Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku.
Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama.
Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat.
Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.
Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.
“Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.
“Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita.
Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. “Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi

27 kembar siam dipisahkan

MOHAMMED Taim tidak bergerak dibungkus selimut tapi adik lelaki kembar siamnya, Amjed kelihatan gelisah dan menendang-nendang selimut yang membalutnya menyebabkan pakar anestesiologi sukar melaksanakan tugas mereka.
Kembar siam kelahiran Jordan berusia 10 minggu itu disiapkan untuk menjalani pembedahan maraton yang diharap mampu memisahkan dan membenarkan mereka menjalani hidup berasingan, dengan organ tubuh yang lengkap.

Kumpulan perubatan dianggotai 25 doktor Arab Saudi diketuai Menteri Kesihatan, Abdullah al-Rabeeah begitu sibuk melaksanakan tugas masing-masing hingga sukar melihat apa yang berlaku di skrin menyiarkan prosedur yang dilaksanakan di meja bedah, Khamis lalu.

Selama lebih tujuh jam, kumpulan pakar itu menjadi pasukan perubatan yang dikagumi kerana prosedur yang menelan banyak belanja itu dilakukan mereka dengan percuma.

Pada jam kelima, selepas memisahkan hati kepada dua, Abdullah melengkapkan pemisahan itu. Dengan menggunakan pisau elektrik, beliau memotong kulit dan tisu perut yang mencantumkan Amjed kepada Mohammed.
"Lima, empat, tiga, dua, satu," katanya lalu dua pasukan perubatan memisahkan kedua-dua kanak-kanak itu, menjahit semula luka yang terbuka dan kemudian menjahit bahagian diperlukan di meja berasingan.

"Pembedahan sudah selesai. Kedua-dua kembar kini ditempatkan di katil berasingan dan kedua-duanya dalam keadaan stabil," umum Abdullah.

Payu dara cecah kaki


LIMA: Seorang ibu empat anak tidak boleh bangun dari katilnya sejak enam bulan lalu kerana payu daranya yang terlalu besar.
Payu dara Julia Manihuari membesar hingga saiz N selepas melahirkan anak ketiga tujuh tahun lalu, menyebabkan dia tidak boleh bergerak.
Wanita berusia 29 tahun itu berkata: “Ia sungguh teruk. Jika saya cuba bangun, saya akan pengsan kerana payu dara saya terlalu berat.” Julia, yang bertubuh kecil baru-baru ini mendapat bantuan media tempatan untuk memperoleh rawatan di bandar berhampiran dengan menaiki bot selama tiga hari.

Pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap penyakit Bilateral Gynecomastia yang menyebabkan kelenjar yang menghasilkan susu terus membesar.

Mereka terpaksa membuang daging seberat 16 kilo- gram pada payu daranya kerana bimbang ia boleh menghimpit paru-parunya dan menyebabkan dia mati.

Payu daranya mengecil kepada saiz 34B selepas pembedahan selama enam jam.

Wanita setinggi 152 sentimeter itu berkata: “Sebelum pembedahan, saya tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan.

“Saya terpaksa melalui derita itu dan ia semakin buruk hinggakan buah dada saya mencecah kaki. Selama ini tubuh saya begitu kecil dan keadaan ini menyebabkan seluruh tubuh saya sakit. “Payu dara saya menjadi begitu besar hinggakan kulit saya berkudis dan saya sukar bernafas,” kata Julia. - Agensi