Pages

Wednesday, May 5, 2010

27 kembar siam dipisahkan

MOHAMMED Taim tidak bergerak dibungkus selimut tapi adik lelaki kembar siamnya, Amjed kelihatan gelisah dan menendang-nendang selimut yang membalutnya menyebabkan pakar anestesiologi sukar melaksanakan tugas mereka.
Kembar siam kelahiran Jordan berusia 10 minggu itu disiapkan untuk menjalani pembedahan maraton yang diharap mampu memisahkan dan membenarkan mereka menjalani hidup berasingan, dengan organ tubuh yang lengkap.

Kumpulan perubatan dianggotai 25 doktor Arab Saudi diketuai Menteri Kesihatan, Abdullah al-Rabeeah begitu sibuk melaksanakan tugas masing-masing hingga sukar melihat apa yang berlaku di skrin menyiarkan prosedur yang dilaksanakan di meja bedah, Khamis lalu.

Selama lebih tujuh jam, kumpulan pakar itu menjadi pasukan perubatan yang dikagumi kerana prosedur yang menelan banyak belanja itu dilakukan mereka dengan percuma.

Pada jam kelima, selepas memisahkan hati kepada dua, Abdullah melengkapkan pemisahan itu. Dengan menggunakan pisau elektrik, beliau memotong kulit dan tisu perut yang mencantumkan Amjed kepada Mohammed.
"Lima, empat, tiga, dua, satu," katanya lalu dua pasukan perubatan memisahkan kedua-dua kanak-kanak itu, menjahit semula luka yang terbuka dan kemudian menjahit bahagian diperlukan di meja berasingan.

"Pembedahan sudah selesai. Kedua-dua kembar kini ditempatkan di katil berasingan dan kedua-duanya dalam keadaan stabil," umum Abdullah.

No comments:

Post a Comment