Pages

Thursday, March 18, 2010

ORANG ASLI BUKAN BUMIPUTERA - ZAID



THURSDAY, MARCH 18, 2010

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.

Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai Bumiputera.

Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.

“Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya.

“Sepatutnya merekalah orang yang 
paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.

“Menteri sendiri tidak mengetahui status mereka, masakan mereka akan mendapat pertolongan dan pembelaan yang patut dan sewajarnya,” katanya dalam tulisan di blognya.

Kedangkalan pemimpin Umno itu hanya disedari ketika MP Hulu Rajang, Billy Abit Joo pada sidang parlimen semalam bertanyakan sama ada pengiktirafan status bumiputera perlu diperjelaskan dan kriteria Bumiputera diseragamkan.

Nazri dilaporkan terus menjawab “tidak perlu”.

Beliau sebaliknya mendakwa status bumiputera telahpun diseleraskan dan digolongkan dalam tiga kategori seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaaan Persekutuan, iaitu Melayu, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.
Orang Asli naik minyak di Putrajaya

Zaid mengulas tindakan lebih 2,000 Orang Asli yang berarak ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, semalam untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandun itu mengandungi hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil
 untuk pembangunan projek BN.

Zaid juga melahirkan rasa bangga dengan kebangkitan dan keberanian Orang Asli untuk menentang kezaliman Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli yang menindas kaum mereka.

“Walaupun polis menggunakan kuasa mereka untuk menahan perarakan itu ke pejabat Najib Razak, sekurang-kurangnya Orang Asal tanahair kita sudah berani bangkit. Mereka sudah mula “naik minyak” kerana masalah mereka selama ini dipandang ringan oleh kerajaan BN,” katanya..

Bagi Zaid, masa depan Orang Asli di bawah BN tidaklah cerah kerana jawapan Nazari semalam hanya membuktikan kerajaan BN tidak tahu sangat atau tidak mengambil berat perihal nasib Orang Asli. - 
Malaysiakini

Mencari dan mendedahkan keaiban orang



Posted on Thursday, March 18 @ 02:44:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh Songkok Putih

Hari ini saya buka semula pendaftaran baru untuk keahlian laman ini setalah laman ini di'spam' oleh anasir luar melalui script phpnuke. Bukan TKO sahaja mengalami nasib seperti, malah boleh dikatakan hampir semua portal PHPnuke mengalami masalah yang sama.

Ada beberapa portal menggunakan kaedah menghantar e-mel kepada webmaster untuk pendaftaran baru, tetapi saya lebih suka mengambil risiko untuk membuka semula.


Bila pendaftran dibuka, ramai akan mengambil kesempatan untuk mendaftar ahli bukan satu malah beberapa bagi memudahkan kerja-kerja menyerang mana-mana individu yang tidak sukai. Memang kita akan rasa bangga jika berjaya memalukan orang lain. Hebat kita jika orang yang kita serang tidak boleh menjawab.

Islam memandang berat perbuatan mendedahkan keaiban orang lain dan ini termasuk didalam perkara mazmumah (keji) dan sangat dipandang berat. Islam juga melarang umatnya mencari keaiban orang lain dan mendedahkannya sesuka hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-Nur, ayat 19)

Sifat dan dasar Islam ini haruslah difahami. Oleh itu adalah dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup keaiban saudaranya. Lebih-lebih lagi jika rahsia atau aib hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan yang mengakibatkan oleh orang yang terfitnah mengalami kesengsaraan perasaan dan jiwa serta masyarakat pula memandang serong.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak."(Hadis riwayat Muslim)

Untuk menerangkan isu dan perkara ini, lebih-lebih lagi dalam politik semasa mengenai pendedahan maklumat pendapat Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan boleh dirujuk sebagai panduan terrutama kepada penulis-penulis internet dan blogger.

Pertama ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.

Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.

Menurut sesetengah ulama pula, adalah sunat merahsiakan keaiban manusia dalam empat perkara iaitu keaiban berkaitan hak Allah, keaiban lampau yang tidak diketahui orang, keaiban orang yang berkedudukan dalam masyarakat dan keaiban dilakukan untuk melindungi kepentingan anak yatim.

Abu al-Haisam pegawai kepada Uqbah bin Amir (salah seorang sahabat Nabi SAW) berkata: "Saya pernah berkata kepada Uqbah bahawa saya mempunyai jiran yang suka minum arak, dan saya akan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya mereka datang menangkapnya. Lantas Uqbah berkata: Jangan! Tetapi nasihatilah mereka itu. Abu al-Haisam menjawab: Saya sudah melarang tetapi mereka masih berbuat demikian. Justeru, saya tetap akan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Uqabah berkata lagi: Jangan! Sebab saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menutupi suatu keaiban, maka ia seolah-olah menghidupkan anak yang ditanam hidup-hidup dalam kuburnya." (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibn Hibban)

Semua orang tetap ada keaibannya tertentu, sama ada kecil atau besar keaibannya tentu ia tidak suka diketahui orang. Apatah lagi jika ada orang yang sengaja mencari keaiban dan seterusnya menyebarkannya ke sana-sini, tentulah ia akan marah. Lebih buruk lagi jika ia membawa kepada perselisihan dan pergaduhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu telah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

Sebenarnya hal ini bertentangan dengan dasar Islam yang menganjurkan umatnya supaya saling berkasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu dan tidak benci-membenci antara satu sama lain.

Bagi orang yang suka menyebarkan keaiban orang lain, seharusnya berfikir sejenak bahawa dirinya juga tidak sepi daripada aib dan cacat. Jika ia tidak suka keaibannya dicari dan didedahkan, maka mengapa pula ia sanggup mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Tidakkah ia bimbang suatu hari nanti orang lain pula akan mencari dan mendedahkan keaibannya.

Rasulullah SAW menilai bahawa mencari keaiban orang lain itu termasuk dalam perbuatan orang munafik yang menyatakan beriman dengan lidah tetapi hatinya membenci. Kelak mereka akan dibebani dosa yang berat di hadapan Allah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai orang yang sudah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak perkara dan peristiwa dalam politik semasa telah mendedahkan kepada kita bagaimana Allah membuka aib mereka yang suka mendedahkan aib orang lain.

Mereka tersungkur dan kial-kial menepis aib yang datang bertubi menimpa diri mereka sendiri akibat kedurjanaan yang pernah dilakukan.

Bila Allah mendedahkan aib mereka, sehingga kedasar tiada ada apa lagi yang mampu mempertahankannya. Sesungguhnya Jamaah PAS seperti sebuah taman yang ada yang ada pokok ranum buahnya, binatang dan serangga. Malah ada juga serangga dan binatang perosak yang mengganggu suasana aman dan damai di taman.

Taman itu ada tuan yang menjaga, tetapi tuan yang menjaga mungkin tidak boleh mengatasi semua serangga perosak. Disebalik tuan punya taman ada Tuan Maha Besar iaitu Allah yang menghidupkan biji benih yang mati. Allah yang akan menjaga taman ini seperti sunnahtullah. Kita hanya perlu bersungkur sebagaimana hadis yang menyebut mengenai tanaman yang dimakan binatang dan manusia adalah pasti mendapat pahala sedekah.

Umno-BN Hipokrit Guna Khidmat Yahudi-Zionis



Oleh Dzulkarnain Taib

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.
Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.
Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.
Apabila perkara itu dibongkarkan oleh pembangkang Dr Mahathir menafikan bahawa bayaran tersebut adalah daripada dana kerajaan.
Ahli Parlimen itu mendedahkan Abramoff bukan sahaja berfahaman ektremis Zionis tetapi juga telah didakwa serta dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah di Amerika dan kini dipenjara kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah tercatat dalam nota kongres Amerika.
"Saya nak tanya ustaz, ustazah dan Menteri Agama Umno apa pandangan mereka Najib guna pelobi yahudi yang bukan sahaja tauke judi tetapi juga didapati menipu kaum Red Indian di Amerika dengan tujuan merampas tanah mereka untuk membina kasino.
"Tentang konsep 1Malaysia yang di bawa oleh Perdana Menteri kita tak payah pertikailah tetapi saya ingin ingatkan bahawa APCO yang diguna oleh Datuk Seri Najib ditunjangi oleh dua bekas pemimpin Israeli iaitu satu bekas duta ke Amerika Syarikat dan satu legi bekas duta ke Jerman.
"Ini wakil rakyat Umno semua sokong dan amin kepada semua tindakan pemimpin mereka.
"Bagaimana kerajaan Umno-BN boleh menyokong syarikat ini yang mendokong fahaman Zionis yang dunia ketahui menindas dan membunuh rakyat Palestin.
"Bagaimana Perdana Menteri boleh mengguna khidmat APCO yang menasihati Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 1999 dengan slogan 1Israel dan sepuluh tahun kemudian syarikat yang sama menasihati Najib dengan gagasan 1Malaysia," kata Anwar dalam nada yang tegas.
Anwar secara tegas mengkritik 1Malaysia kerana menunjukkan sikap dwi standar dalam perlaksaan walaupun secara luaran konsep itu mengkagumkan.
"Cakap pasal 1Malaysia tapi kes kematian Kugan tak selesai, bila tanya Kugan mati sendiri, begitu juga dengan Teoh Beng Hock, bila tanya dia terjun sendiri dan mati, Altantuya pun begitu, kenapa mati Altantuya sendiri letupkan diri dan saya pula mengapa mata lebam, sendiri pukul!
"Lihat sahaja kes saya untuk menggugurkan hakim, bila buat rayuan hakim dah tetapkan tarikh awal-awal lagi. Tapi kes rayuan Azilah dan Sirul sudah setahun fail rayuan tetapi sampai sekarang tarikh belum ditetapkan. Inikah 1Malaysia?
"Dalam hal bidang kuasa Raja, apabila undang-undang itu berpihak kepada Umno maka Raja tidak ada kuasa tetapi di Perak Sultan ada kuasa mutlak. Hukum mana dan perlembagaan mana yang Umno pakai?
"Semua ceramah dan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat disiasat polis sampai YB Bukit Gelugor ada 130 laporan polis terhadap dirinya dan saya pun ada empat. Kenyataan perkauman melampau Umno satu pun tak siasat. Apa jenis 1Malaysia ni - satu hukum untuk penguasa dan satu hukum lain untuk pembangkang," kata Ketua Pembangkang lagi.
Beliau berkata sekiranya 1Malaysia mahu berlaku adil sistem pentadbiran mestilah bertunjangkan kepada negara hukum dan bukannya membeza-bezakan tindakan mengikut agenda politik.
Anwar seterusnya mempersoalkan "conscience" pemimpin Umno dan BN yang sanggup mendokong sebuah pentadbiran korup yang membiarkan komisyen RM540 diambil oleh beberapa kerat kroni individu yang berkepentingan tetapi pada masa yang sama membiarkan rakyat menderita tanpa pembelaan.
suara-keadilan

Peringatan dari PDRM



Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia
.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box.
Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya
anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber: Bukit Aman PDRM
  

Israel akhiri sekatan di Tebing Barat



SEORANG pemuda Palestin berdiri di atas tembok sambil mengibarkan bendera ke arah tentera Yahudi (tidak kelihatan) di timur Baitulmaqdis, kelmarin. - AP


BAITULMAQDIS 17 Mac - Israel hari ini menamatkan sekatan di Tebing Barat namun mengekalkan keadaan berjaga-jaga di Baitulmaqdis, berikutan kebimbangan letusan baru keganasan selepas rusuhan semalam.
Jurucakap polis Micky Rosenfeld mengesahkan perkara tersebut dengan berkata, seramai 3,000 polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Baitulmaqdis, terutamanya di bahagian timur.
"Akses ke al-Haram al-Sharif di Baitulmaqdis kini dibuka kepada penganut Islam dan pelancong," katanya.
Seorang jurucakap tentera dalam pada itu memberitahu AFP, Menteri Pertahanan Ehud Barak mengarahkan sekatan tersebut ditamatkan malam tadi.
Sabtu lalu, Israel melanjutkan tempoh sekatan dan menyekat akses ke kawasan masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis ketika ketegangan memuncak di kawan suci itu berhubung pembinaan semula kuil pada kurun ke-17, Hurva yang terletak hanya 400 meter dari masjid al-Aqsa.
Israel menutup jalan masuk ke Tebing Barat Jumaat lalu selepas pengumumannya membina rumah-rumah baru untuk peneroka haram Yahudi di kebanyakan kawasan timur Baitulmaqdis, mencetuskan pertelingkahan dengan Washington dan menimbulkan kemarahan di kawasan Palestin. - AFP

Patung zaman Firaun berusia 3,400 tahun ditemui



KAHERAH 17 Mac - Pasukan kaji purba menemui patung granit besar berwarna merah di selatan Mesir di makam firaun paling berkuasa yang pernah memerintah hampir 3,400 tahun dahulu.
Menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan Mesir semalam, pasukan itu turut menemui patung Thoth setinggi empat meter, dewa purba yang dipuja dan antara yang tertinggi dalam patung firaun Amenhotep III dan berdiri di sebelah satu lagi patung dewa.
Kedua-duanya ditemui tertanam di makam firaun di tebing barat Nil, selatan kuil Luxor.
Pada 28 Februari lalu, kumpulan kaji purba menemui kepala patung granit besar berwarna merah milik Amenhotep III di tempat sama yang mempunyai ketinggian seperti orang dewasa. Ia adalah ukiran muka Amenhotep III yang paling sempurna pernah ditemui.
Amenhotep III, datuk kepada firaun kanak-kanak, Tuntankhamun, memerintah dari 1387 hingga 1348 Sebelum Masihi ketika zaman kegemilangan Mesir yang menguasai empayar dari Nubia di selatan hingga ke Syria di utara.
Kuil tersebut telah mengalami kerosakan teruk yang berkemungkinan disebabkan banjir dan hanya mempunyai sedikit tembok yang masih kekal.
Bagaimanapun kumpulan kaji purba berjaya menggali keluar kekayaan artifak dan patung yang tertanam di bawah runtuhan, termasuk dua patung Amenhotep yang diperbuat daripada granit hitam pada Mac 2009. - AP

Tiga paderi Brazil disiasat skandal seks



RIO DE JANEIRO 17 Mac - Pihak berkuasa Brazil menyiasat tiga paderi yang dituduh mendera secara seksual pembantu budak lelaki mereka selepas satu rakaman video penderaan disiarkan di televisyen, menurut polis dan pegawai gereja, semalam.
Kes tersebut menjadi heboh selepas rangkaian SBT menyiarkan video memaparkan seorang paderi berusia 82 tahun melakukan seks dengan pembantu budak lelaki berumur 19 tahun yang bekerja dengannya selama empat tahun.
Seorang lagi lelaki turut membuat laporan menyatakan dia turut dianiaya oleh Monsignor Luiz Marques Barbosa.
Monsignor Raimundo Gomes, 52, dan Edilson Duarte, 43, turut disiasat atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan remaja lelaki.
Menurut kenyataan daripada gereja, tiga paderi tersebut dikatakan terlibat dengan penderaan seksual itu tetapi tidak menyatakan sama ada paderi-paderi itu mengakui atau menafikannya.
Tiada seorang pun daripada paderi itu yang didedahkan lokasi mereka dan pihak gereja juga tidak menyediakan butiran untuk menghubungi mereka.
Pegawai gereja di wilayah pentadbiran ketua biskop Penedo di timur laut negeri Alagoas memberitahu bahawa ketiga-tiga paderi itu telah digantung tugas .
Sementara itu, pihak polis berkata, kesemua paderi itu kini dibebaskan sementara menunggu siasatan sehingga tarikh akhir hujung April ini.
Jurucakap Vatican, Rev. Federico Lombardi berkata, mereka bimbang dengan kes ini.
Dalam laporan minggu lalu, SBT menunjukkan rakaman video menunjukkan lelaki yang kelihatan seperti Barbosa melakukan hubungan seks dengan budak lelaki berusia 19 tahun.
Ia dikatakan dirakam pada Januari 2009 oleh lelaki berusia 21 tahun yang turut menuduh Barbosa menderanya secara seksual sejak dia berumur 12 tahun. - AP

Osama tidak akan ditangkap hidup-hidup



WASHINGTON 17 Mac - Peguam Negara Eric Holder semalam memberitahu Kongres, Osama Laden (gambar) tidak akan dihadapkan ke muka pengadilan di Amerika Syarikat (AS) kerana dia tidak mungkin akan ditangkap hidup-hidup.
Dalam satu perdebatan yang hangat dengan anggota-anggota Republikan, beliau membandingkan Osama dengan pembunuh bersiri, Charles Manson dan menjangkakan sekiranya berlaku demikian 'kami akan bacakan (hak untuk berdiam diri) kepada jenazah Osama' dan bukan sebagai tawanan.
Holder dengan tegas turut menyangkal kritikan anggota-anggota Republikan dalam jawatankuasa kecil Dewan Peruntukan, yang berkeras mengatakan terlalu bahaya untuk membawa suspek pengganas dibicarakan di mahkamah persekutuan awam seperti yang disarankan beliau.
Peguam Negara itu berkata, beliau sangat marah apabila mendengar aduan dan kritikan konservatif yang mengatakan pengganas akan mendapat banyak hak dalam sistem mahkamah.
Perbandingan yang dibuat Holder dengan Manson membangkitkan kemarahan anggota Republikan, John Culberson yang mengatakan ia menunjukkan pentadbiran Presiden Barack Obama tidak memahami kemahuan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap ancaman pengganas yang dianggap sebagai musuh perang dan bukan defendan jenayah.
"Pihak saya nampaknya mempunyai perbezaan falsafah yang sangat berbeza dengan pentadbiran Obama," tegas Culberson.
Holder sambil meninggikan suara mendakwa, bantahan Culberson itu dibuat tanpa berdasarkan fakta undang-undang dan usaha memerangi pengganas.
"Kita perlu berdepan kenyataan. Osama tidak akan dihadapkan ke mahkamah AS.
"Kemungkinan untuk menangkapnya hidup-hidup amat kecil. Dia mungkin akan dibunuh kita atau orang-orangnya sendiri," jelas Holder. - AP

Melayu Singapura buang anak di hospital, Melayu Malaysia buang anak merata-rata. Kedua-duanya dikutuk Allah!!

Kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Orang Singapura yang jahil agama... Ini jadik kalau Kafir yg memerintah



Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian
lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.

Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman
baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.

The Amazing Cucumber

Actually, mother nature gives all we need naturally. But, when many turns to artificial then it do harm

the user & also mother earth. With below methods you may experience a safer usage.



The Amazing Cucumber

This information was in The New York Times several weeks ago as part of their "Spotlight on the Home" series that highlighted creative and fanciful ways to solve common problems.



1. Cucumbers contain most of the vitamins you need every day, just one cucumber contains Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic Acid, Vitamin C, Calcium, Iron, Magnesium, Phosphorus, Potassium and Zinc.

2. Feeling tired in the afternoon, put down the caffeinated soda and pick up a cucumber. Cucumbers are a good source of B Vitamins and Carbohydrates that can provide that quick pick-me-up that can last for hours.


3. Tired of your bathroom mirror fogging up after a shower? Try rubbing a cucumber slice along the mirror, it will eliminate the fog and provide a soothing, spa-like fragrance.



4. Are grubs and slugs ruining your planting beds?
Place a few slices in a small pie tin and your garden will be free of pests all season long.

The chemicals in the cucumber react with the aluminum to give off a scent undetectable to humans but drive garden pests crazy and make them flee the area.

5. Looking for a fast and easy way to remove cellulite before going out or to the pool?

Try rubbing a slice or two of cucumbers along your problem area for a few
minutes, the phytochemicals in the cucumber cause the collagen in your skin to tighten, firming up the outer layer and reducing the visibility of cellulite.
Works great on wrinkles too!!!

6. Want to avoid a hangover or terrible headache?
Eat a few cucumber slices before going to bed and wake up refreshed and headache free. Cucumbers contain enough sugar, B vitamins and electrolytes to replenish essential nutrients the body lost, keeping everything in equilibrium, avoiding both a hangover
and headache!!

7. Looking to fight off that afternoon or evening snacking binge?

Cucumbers have been used for centuries and often used by European trappers,
traders and explores for quick meals to thwart off starvation.



8. Have an important meeting or job interview and you realize that you don't have enough time to polish your shoes? Rub a freshly cut cucumber over the shoe, its chemicals will provide a quick and durable shine that not only looks great but also repels water.

9. Out of WD 40 and need to fix a squeaky hinge?
Take a cucumber slice and rub it along the problematic hinge, and voila, the squeak is gone!

10. Stressed out and don't have time for massage, facial or visit to the spa? Cut up an entire cucumber and place it in a boiling pot of water, the chemicals and nutrients from the cucumber with react with the boiling water and be released in the steam, creating a soothing, relaxing aroma that has been shown the reduce stress in new mothers and college students during final exams.

11. Just finish a business lunch and realize you don't have gum or mints?

Take a slice of cucumber and press it to the roof of your mouth with your tongue for 30 seconds to eliminate bad breath, the phytochemcials will kill the bacteria in your mouth responsible for causing bad breath.

12. Looking for a 'green' way to clean your faucets, sinks or stainless steel?

Take a slice of cucumber and rub it on the surface you want to clean, not only will it remove years of tarnish and bring back the shine,but is won't leave streaks and won't harm you fingers or fingernails while you clean.

13. Using a pen and made a mistake? Take the outside of the cucumber and slowly use it to erase the pen writing, also works great on crayons and markers that the kids have used to decorate the walls!!

Pass this along to everybody you know who is looking for better and safer ways to solve life's everyday problems..

Murid Tahun Empat maut lintah masuk dubur

Murid Tahun Empat maut lintah masuk dubur


2010/03/11 (Berita Harian)


Siti Nazirah Abd Kadir



JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.

Sudah Takutkah Dirimu Kepada Allah dan Siksa Neraka?



وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُtakut-allah-neraka-mtaهِينٌ
Dan Barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan baginya siksa yang menghinakan (QS 4: 14)Allah swt sebagai pencipta, pemilik, penguasa, dan pemelihara alam semesta ini telah menetapkan hukum-Nya di dunia ini yang berlaku secara adil bagi seluruh manusia. Bahwa barangsiapa mentaati hukum Allah, yakni orang yang beriman dan beramal shaleh balasannya adalah kehidupan yang penuhkebahagiaan di sorga yang kekal (QS 4: 13). Sedang barangsiapa mendurhakaiAllah dan melanggar hukum-hukumNya, maka balasannya adalah kehidupan yang hina-dina di dalam neraka yang menyala-nyala kekal selama-lamanya (QS 4: 14).
Neraka, inilah seburuk-buruk tempat kembali bagi orang yang durhaka kepada Allah.
- Para penghuninya dibakar di dalam api yang gejolaknya mengepung dari segala penjuru (QS 18: 29).
- Mereka di siram dengan air yang sangat panas sehingga menghancurkan seluruh isi perut mereka (QS 22: 19-20).
- Mereka dicambuk dengan cambuk dari besi (QS 22: 21).
- Kepada mereka juga dipakaikan pakaian dari api (QS 22: 19), tikar dan selimut dari api (QS 7: 41).
- Setiap kulit mereka hangus terbakar akan diganti dengan kulit baru. Setelah terbakar hangus akan diganti dengan kulit yang baru lagi (QS 4: 56). Begitu seterusnya selama-lamanya.
- Apabila nyala api neraka Jahannam hendak padam, nyala itu akan ditambah api (QS 17: 97).
- Mereka tidak diperkenankan keluar dari neraka dan setiap mau keluar lantaran kepedihan, mereka akan dikembalikan ke dalamnya (QS 22: 22).
Tidak ada seorangpun yang mampu menahan siksa neraka. Setiap kali haus dan hendak minum, mereka diberi minum dari nanah yang menjijikkan (QS 14: 16). Bila perut terasa lapar dan hendak makan, mereka diberi makan dari pohon zaqum (QS 37: 66), pohon berduri yang tidak menghilangkan lapar (QS 88: 6, 7).
Semua penghuninya menyesal atas perbuatan mereka di dunia.(QS 67: 10) dan sangat berharap bisa kembali lagi ke dunia untuk menjadi orang beriman (QS 26: 102). Namun penyesalan yang terlambat seperti itu tidak akan berguna. Bersama Fir’aun, bersama Qarun, bersama Abu Jahal dan orang-orang kafir lainya dari jaman ke jaman mereka akan disiksa di dalam neraka selama-lamanya.
Peringatan Allah di dalam Al Qur’an hendaknya kita jadikan pelajaran, jangan sampai kita menyesal sesudah terlambat. Sekaranglah saatnya yang tepat untuk bertaubat dari segala dosa dan kesalahan. Sekarang juga saatnya yang tepat untuk menumbuhkan rasa takut kepada Allah dan siksa neraka. Dan sekarang juga saatnya yang tepat untuk kembali berjalan di atas jalan yang lurus,  shiraathalmustaqiim.
Orang-orang beriman yang lurus dalam keimanannya selalu merasa takut terhadap siksa api neraka. Mereka selalu berusaha menghindari kesalahan sekecil apapun. Mereka merasa terancam seolah-olah ada gunung yang hendak runtuh menimbuni mereka. Rasa takutnya kepada Allah dan siksa neraka membimbing mereka untuk selalu berbuat baik. Rasulullah saw sendiri pernah bersabda kepada para sahabatnya, bila kamu melihat apa yang aku lihat niscaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Karena kefahaman mereka akan ngerinya siksa nereka para sahabat yang mendengarpun kontan menangis di depan Rasulullah saw.
Abu Bakar ash Shiddiq seorang sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah saw sendiri pernah berharap untuk menjadi seekor burung, sehingga tidak perlu bertanggung-jawab atas perbuatannya di dunia. Padahal beliau termasuk orang yang banyak beramal shaleh.
Begitu pula Umar bin Khathab yang Rasulullah saw sendiri pernah bersabda bahwa Allah telah menjadikan kebenaran pada lidah dan hatinya, pernah berharap untuk menjadi seonggok jerami agar tidak perlu bertanggung-jawab atas perbuatan-nya. Dia merasa cukup bahagia bila amal shalehnya yang banyak itu dibalas impas, kembali pokok tanpa untung sama sekali asal terbebas dari siksa api neraka.
Abdurrahman bin Auf pernah meninggalkan makanan enak yang dihidangkan kepadanya, karena takut kalau-kalau amal shalehnya semua dibalas tunai di dunia dan di akherat kelak tidak mendapatkan apa-apa. Karunia Allah yang berlimpah ruah yang diberikan di dunia ini beliau curigai sebagai balasan tunai atas seluruh amal shalehnya. Beliau khawatir kalau-kalau tidak lagi memiliki amal shaleh di akherat nanti yang dapat dipergunakan untuk mengimbangi kesalahan dan dosa yang harus dipertanggung-jawabkan di akherat.
Semua orang shaleh akan merasa takut akan murka Allah dan takut akan ngerinya siksa api neraka. Orang-orang seperti itulah yang dijanjikan oleh Allah untuk mendapatkan ampunan dan pahala yang besar (QS 67: 12). Tidakkah kita suka menjadi hamba-Nya yang demikian?
Written by Abu Taufik at Taury