Pages

Thursday, March 18, 2010

Tiga paderi Brazil disiasat skandal seks



RIO DE JANEIRO 17 Mac - Pihak berkuasa Brazil menyiasat tiga paderi yang dituduh mendera secara seksual pembantu budak lelaki mereka selepas satu rakaman video penderaan disiarkan di televisyen, menurut polis dan pegawai gereja, semalam.
Kes tersebut menjadi heboh selepas rangkaian SBT menyiarkan video memaparkan seorang paderi berusia 82 tahun melakukan seks dengan pembantu budak lelaki berumur 19 tahun yang bekerja dengannya selama empat tahun.
Seorang lagi lelaki turut membuat laporan menyatakan dia turut dianiaya oleh Monsignor Luiz Marques Barbosa.
Monsignor Raimundo Gomes, 52, dan Edilson Duarte, 43, turut disiasat atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan remaja lelaki.
Menurut kenyataan daripada gereja, tiga paderi tersebut dikatakan terlibat dengan penderaan seksual itu tetapi tidak menyatakan sama ada paderi-paderi itu mengakui atau menafikannya.
Tiada seorang pun daripada paderi itu yang didedahkan lokasi mereka dan pihak gereja juga tidak menyediakan butiran untuk menghubungi mereka.
Pegawai gereja di wilayah pentadbiran ketua biskop Penedo di timur laut negeri Alagoas memberitahu bahawa ketiga-tiga paderi itu telah digantung tugas .
Sementara itu, pihak polis berkata, kesemua paderi itu kini dibebaskan sementara menunggu siasatan sehingga tarikh akhir hujung April ini.
Jurucakap Vatican, Rev. Federico Lombardi berkata, mereka bimbang dengan kes ini.
Dalam laporan minggu lalu, SBT menunjukkan rakaman video menunjukkan lelaki yang kelihatan seperti Barbosa melakukan hubungan seks dengan budak lelaki berusia 19 tahun.
Ia dikatakan dirakam pada Januari 2009 oleh lelaki berusia 21 tahun yang turut menuduh Barbosa menderanya secara seksual sejak dia berumur 12 tahun. - AP

No comments:

Post a Comment