Pages

Thursday, March 18, 2010

Israel akhiri sekatan di Tebing Barat



SEORANG pemuda Palestin berdiri di atas tembok sambil mengibarkan bendera ke arah tentera Yahudi (tidak kelihatan) di timur Baitulmaqdis, kelmarin. - AP


BAITULMAQDIS 17 Mac - Israel hari ini menamatkan sekatan di Tebing Barat namun mengekalkan keadaan berjaga-jaga di Baitulmaqdis, berikutan kebimbangan letusan baru keganasan selepas rusuhan semalam.
Jurucakap polis Micky Rosenfeld mengesahkan perkara tersebut dengan berkata, seramai 3,000 polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Baitulmaqdis, terutamanya di bahagian timur.
"Akses ke al-Haram al-Sharif di Baitulmaqdis kini dibuka kepada penganut Islam dan pelancong," katanya.
Seorang jurucakap tentera dalam pada itu memberitahu AFP, Menteri Pertahanan Ehud Barak mengarahkan sekatan tersebut ditamatkan malam tadi.
Sabtu lalu, Israel melanjutkan tempoh sekatan dan menyekat akses ke kawasan masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis ketika ketegangan memuncak di kawan suci itu berhubung pembinaan semula kuil pada kurun ke-17, Hurva yang terletak hanya 400 meter dari masjid al-Aqsa.
Israel menutup jalan masuk ke Tebing Barat Jumaat lalu selepas pengumumannya membina rumah-rumah baru untuk peneroka haram Yahudi di kebanyakan kawasan timur Baitulmaqdis, mencetuskan pertelingkahan dengan Washington dan menimbulkan kemarahan di kawasan Palestin. - AFP

No comments:

Post a Comment