Pages

Monday, December 27, 2010

Sertai 52 maraton untuk kutip derma



Karl Hinett sanggup menyertai puluhan maraton untuk membantu askar-askar Britain yang cedera.


LONDON - Seorang askar, Prebet Karl Hinett akan berlari dalam 52 perlumbaan maraton setahun dengan jarak sejauh 2,193 kilometer, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia sanggup melakukannya bagi mendapatkan sumbangan wang mengisi dana untuk membantu askar-askar Britain yang cedera akibat peperangan.
"Askar-askar ini telah membuat banyak pengorbanan dan saya berharap orang ramai akan berada di belakang kami," katanya.
Dia akan memulakan larian pertamanya pada tahun depan di Switzerland.
Tubuh Hinett pernah terbakar pada 19 September 2005 di Basra, Iraq selepas dia diserang bersama rakan-rakannya oleh para militan Iraq.
Semasa kejadian, dia yang berumur 18 tahun berada dalam koma selama 11 hari.
Gambar yang menunjukkan tubuhnya terbakar itu disiarkan di kebanyakan akhbar di dunia. - Agensi
kosmo

No comments:

Post a Comment