Pages
▼
Wednesday, December 15, 2010
Sekolah disaman kerana tidak beri cuti kepada guru yang hendak tunai haji
WASHINGTON: Pemerintah federal Amerika Syarikat kelmarin menyaman sebuah sekolah di pinggir Chicago kerana tidak membenarkan seorang guru sekolah menengah yang beragama Islam mengambil cuti tanpa gaji untuk menunaikan ibadah haji ke Makkah.
Menurut Jabatan Kehakiman, Sekolah Daerah 87, di Berkeley, Illinois, itu menolak permohonan cuti Cik Safoorah Khan atas alasan ia tidak berkaitan dengan tugasnya sebagai guru dan tidak ditetapkan dalam kontrak antara pihak sekolah dengan kesatuan guru.Dengan berbuat begitu, sekolah berkenaan telah mencabul Akta Hak Asasi 1964, kerana gagal memenuhi tuntutan agama guru berkenaan, kata Jabatan Kehakiman.Cik Safoorah, yang bertugas di sekolah itu sejak 2007, berkata beliau memohon cuti tanpa gaji pada 2008 untuk menunaikan ibadah haji.Selepas dua kali permohonannya ditolak, Cik Safoorah menulis surat kepada lembaga sekolah bahawa 'berdasarkan tuntutan agama, beliau tidak boleh menangguhkan rancangan hendak menunaikan ibadah haji' lalu meletak jawatan, kata kertas saman yang difailkan di mahkamah federal di Chicago.Sekolah berkenaan memaksa Cik Safoorah memilih pekerjaan atau tuntutan agama, menurut kertas saman itu.Pemerintah meminta mahkamah mengarahkan pihak sekolah supaya mengamalkan dasar yang memberi kelonggaran kepada pekerja untuk memenuhi tuntutan agama dan mengarahkan mereka mengambil Cik Safoorah kembali bekerja.Pada November 2008, Cik Safoorah memfailkan satu aduan kepada Suruhanjaya Peluang Sama Pekerjaan (EEOC), yang mendapati adanya bukti berlaku diskriminasi dan menyalurkan perkara itu kepada Jabatan Kehakiman.Kes itu dibentang buat kali pertama oleh Jabatan Kehakiman dalam satu projek bagi memastikan Akta 1964 dilaksanakan terhadap pentadbiran negeri dan pemerintah setempat, dengan meningkatkan kerjasama antara EEOC dan Bahagian Hak Asasi Jabatan Kehakiman. -- AP.
No comments:
Post a Comment