Pages

Wednesday, December 15, 2010

Polis Indonesia dedah butir baru dakwaan terhadap Abu Bakar Bashir

PELAMPAU PALING BAHAYA: Komander kumpulan militan, Mustofa alias Abu Tholut (berbaju jingga), digiring pasukan keselamatan ketika meninggalkan ibu pejabat polis di Solo untuk dipindahkan ke Jakarta semalam. -- Foto REUTERS


SOLO (Jawa Tengah): Polis Indonesia semalam mendedahkan butir-butir baru dakwaan terhadap pemimpin agama, Abu Bakar Bashir, sambil berkata dia adalah tokoh utama sebuah rangkaian pengganasan ala Al-Qaeda yang baru.
Pengarah Agensi Antipengganasan Kebangsaan (BNPT), Encik Petrus Golose, berkata pendakwah berusia 72 tahun itu sedang mengumpulkan satu rangkaian baru yang turut dianggotai beberapa militan paling diburui di rantau ini, apabila rancangan mereka didedahkan pada Februari lalu.'Abu Bakar Bashir adalah pemmimpin mereka,' katanya dalam satu sidang akhbar di bandar Solo, di wilayah Jawa Tengah, tempat polis menangkap Mustofo alias Abu Tholut, yang dianggap sebagai salah seorang anggota pelampau paling bahaya di negara itu, minggu lalu.Abu Tholut semalam dipindahkan ke Jakarta selepas ditangkap di Kudus, di wilayah Jawa Tengah, pada minggu lalu kerana terbabit dalam latihan separa tentera kumpulan militan.Abu Bakar ditangkap pada Ogos lalu dan kekal dalam tahanan sementara menunggu perbicaraan ke atas beberapa dakwaan terhadapnya, termasuk menghasut tindakan pengganasan, yang boleh membawa kepada hukuman mati.Ini kali ketiga pemimpin agama itu ditangkap atas dakwaan berkaitan pengganasan sejak 2002 tetapi polis gagal menyokong dakwaan itu.Abu Bakar menjalani hukuman penjara selama hampir 26 bulan berkaitan satu komplot mengebom beberapa kawasan kelab malam Bali pada 2002, yang membunuh lebih 200 orang, sebelum dibebaskan pada 2006.Encik Golose menunjukkan satu carta hierarki pertubuhan, dengan Abu Bakar berada di puncak hierarki itu. Ia turut menyertakan Abu Tholut, Abdullah Sonata - yang ditangkap pada Jun lalu - dan Dulmatin - pembuat bom yang dilatih Al-Qaeda dan terbunuh.'Tokoh-tokoh utama itu melaporkan diri secara langsung kepada Abu Bakar Bashir, dari segi pembiayaan, operasi dan bekalan senjata,' kata Encik Golose.Abu Bakar amat lantang dalam memuji usaha 'para pejuang agama' Islam - atau pengganas daripada kaca mata pihak berkuasa - tetapi sering menafikan dirinya pemimpin rohani kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia membentuk kumpulan yang sama melampau.Namun, dia juga telah membentuk dengan sah kumpulan Jamaah Ansharut Tauhid (JAT) untuk mendorong pembentukan sebuah negara Islam di Indonesia - negara dengan sejumlah 240 juta penduduk yang 80 peratus daripada beragama Islam. -- AFP.

No comments:

Post a Comment