Pages

Tuesday, November 23, 2010

Qarin sesatkan manusia



Oleh PROF. DR. HARON DIN
Klinik Darussyifa’, Bangi
 
Qarin ialah perkataan Arab yang bermaksud teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.
 
Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.
 
Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:
 
"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu  musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."
 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak sud:
 
"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya  pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidak lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."
 
Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul rasul dan nabi-nabi. Adapula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara, Al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud.Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.
 
Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.
 
Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhu ‘I  Amin dan Ruhu I' Qudus. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka.  Dalam Peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
 
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman gat dan man. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.
 
Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh  sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya:
 
 "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya.
 
Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca syaitan menyu ruh menjanjikan kamu kefakiran dan menyuruh kamu melakukan kekejian.
 
Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.
 
Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.
 
Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
 
Iblis menggoda dan menipu manusia
 
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanah air yang telah mereka diami  sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Pada hal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.
 
Begitu juga halnya ketika manusia hendak berji had ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut  nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mere ka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikah wini oleh orang lain apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi  bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka-ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuanan seumpama ini adalah merugikan.
 
Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.
 
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan sym tan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak sud:
 
"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."
 
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwav atkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa A.S dan ibun ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran: 36 yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."
 
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang guan iblis dan syaitan."
 
Daripada Abu Rafi R.A (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya:
 
"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya."
 
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.
 
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
 
SOALAN:
Anak saya sentiasa menangis dalam keadaan luar biasa menjelang petang dan tengah malam. Keadaan ini menimbulkan ketakutan kepada kami sekeluarga. Apakah cara untuk merawatnya. — FADILAH DAHA LAN, Air Molek, Melaka.
 
JAWAPAN.
Dapatkan segelas air dan bacakan Al Fatihah dan doa menghindar syaitan sebanyak tiga kali. Air yang didoakan itu digunakan untuk memandikan anak yang menangis pada waktu petang dan sem burkan ke mukanya ketika dia menangis.
 
Kalau masih menangis, cari tujuh jenis daun kayu yang kering dan gugur tetapi ter gantung seperti di sarang labah-labah.
 
Mamah daun-daun itu dan masukkan ke dalam air yang telah didoakan dan sembur kuat-kuat pada budak yang menangis itu di hadapan pintu pada waktu petang. Buat demikian hingga dia berhenti menangis.
sumber asal http://grenbara.bravejournal.com

No comments:

Post a Comment