Pages

Saturday, November 20, 2010

Memerang 30 kg ditemui dalam longkang



Anggota sukarela JPA menunjukkan memerang jantan ditemui dalam longkang berhampiran pusat membeli-belah Island Plaza di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 19 Nov. - Seekor memerang seberat 30 kilogram dan panjang kira-kira satu meter ditemui tersangkut dalam lingkaran wayar di dalam longkang di Island Plaza di Tanjung Tokong di sini semalam.
Memerang tersebut ditemui seorang pengawal keselamatan kompleks membeli belah terbabit apabila terdengar bunyi kocakan air dari arah longkang dipercayai ketika haiwan itu cuba melepaskan diri kira-kira pada pukul 1.20 pagi.
Ekoran penemuan itu, pengawal keselamatan terbabit menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Pinang untuk memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Menurut Ketua Pegawai JPAM Daerah Timur Laut, Leftenan (PA) Zunaidin Abdullah, sepasukan anggotanya diketuai Mohd. Fahdlan Hamdan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 1.40 pagi sejurus menerima maklumat mengenainya.
"Operasi mengeluarkan memerang itu agak sukar kerana binatang itu cuba menggigit sesiapa sahaja yang cuba menghampirinya, malah ia juga agak agresif mungkin kerana berasa terancam.
"Selepas berusaha kira-kira 30 minit, barulah salah seorang anggota kami dapat menjerut haiwan terbabit menggunakan tali yang dilempar ke lehernya lalu membawanya keluar," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama haiwan berkenaan ditemui di kawasan bandar kerana difahamkan memerang biasanya ditemui tinggal berdekatan sungai atau laut.
Katanya, haiwan tersebut kini diletakkan dalam simpanan sementara di Ibu Pejabat JPAM Daerah Timur Laut dan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment