Pages

Friday, November 19, 2010

Jerman cipta piring terbang pada 1940-an



GAMBAR menunjukkan piring terbang yang didakwa telah dibina oleh saintis-saintis Jerman pada tahun 1940-an.


LONDON - Saintis-saintis Jerman dalam era Perang Dunia Kedua pada tahun 1940-an yang bekerja untuk pemimpin negara itu, Adolf Hitler dipercayai telah mencipta pesawat piring terbang prototaip yang telah terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar itu memetik laporan majalah sains Jerman, PM yang melaporkan, beberapa saksi di London mengaku mereka pernah melihat sebuah piring terbang dengan lambang tentera Jerman terbang rendah melintasi sungai Thames di England pada 1944.
Menurut majalah itu, akhbar New York Times di Amerika Syarikat (AS) pernah melaporkan mengenai kehadiran sebuah piring terbang misteri dan turut menyiarkan gambar ia bergerak laju melintasi bangunan-bangunan di New York.
Projek membina piring terbang itu dinamakan skim Schriever-Habermohl dan berpangkalan di Prague manakala seorang juruteranya, Joseph Andreas Epp, menyatakan, sebanyak 15 piring terbang itu pernah dibina.
Dia menjelaskan kokpit piring terbang tersebut dikelilingi bilah-bilah sayap yang membentuk satu bulatan untuk memberikan daya angkatan.
Menurutnya, pihak Jerman telah memusnahkan sebahagian besar kertas kerja aktiviti mereka tetapi pada 1960 di Kanada, beberapa pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) menghasilkan semula pesawat tersebut dan ia didapati boleh terbang. - Agensi

No comments:

Post a Comment