Pages

Saturday, October 30, 2010

Tsunami : Mungkin 600 terkorban

PANJANG UMUR...seorang bayi berusia dua bulan yang ditemui terselamat dalam longkang ditempatkan di sebuah hospital di Sikakap, selepas kawasan itu dilanda tsunami, Isnin lalu.
PANJANG UMUR...seorang bayi berusia dua bulan yang ditemui terselamat dalam longkang ditempatkan di sebuah 
rumah di Sikakap, selepas kawasan itu dilanda tsunami, Isnin lalu.
HILANG ORANG TERSAYANG...penduduk Kampung Munte, Lisna, menangis di depan mayat ibunya yang  ditemui anggota mencari dan menyelamat, semalam. 
HILANG ORANG TERSAYANG...penduduk Kampung Munte, Lisna, menangis di depan mayat ibunya yang ditemui anggota mencari dan menyelamat, semalam.

PAGAI UTARA: Indonesia terus menghadapi kesukaran menghantar bantuan kepada mangsa tsunami yang berada di kawasan terpencil ketika angka korban meningkat melebihi 400 orang, semalam.
Anggota penyelamat percaya, jumlah kematian sebenar daripada bencana di Kepulauan Mentawai itu boleh mencapai lebih 600 orang kerana kebanyakan mangsa disedut ke tengah laut ketika tsunami surut.

Hampir 13,000 orang kini berlindung di khemah sementara di kepulauan itu selepas kediaman masing-masing ranap dilanda ombak besar akibat gempa bumi sekuat 7.7 magnitud pada malam Isnin lalu.

Seorang mangsa memberitahu, kira-kira 30 orang dewasa dan 100 kanak-kanak di kampungnya terbunuh dalam bencana berkenaan.




Seorang lagi mangsa mendakwa, belum ada sebarang bantuan dihantar ke situ.

Sementara itu, pegawai bantuan berkata, helikopter mula menggugurkan bantuan ke kawasan terjejas mulai semalam.


Jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Gagah Prakoso, berkata walaupun terhad, bekalan itu sepatutnya mencukupi untuk mangsa terus hidup.

Sehingga malam tadi, angka korban rasmi akibat tsunami adalah 408, manakala 303 masih hilang dengan kira-kira 200 daripadanya dijangka tidak terselamat.

Cuaca buruk juga menyukarkan usaha menghantar bekalan seperti khemah, ubat-ubatan, makanan dan air bersih menggunakan bot dari Padang.

Perjalanan dari pelabuhan Padang ke situ biasanya mengambil masa sehingga setengah hari.

Sesetengah penyelamat juga berkata, mereka terkandas beberapa hari di bandar itu kerana menunggu masa menaiki bot ke Mentawai.

Walaupun amaran tsunami dikeluarkan di Jakarta, beberapa mangsa yang terselamat berkata, mereka hanya sedar kedatangan tsunami itu apabila terdengar ‘ngauman’ ombak yang bergerak pantas ke daratan menjelang jam 10 malam.

Seorang pegawai yang bertanggungjawab mengeluarkan amaran itu menyalahkan pihak berkuasa tempatan di Mentawai kerana gagal menyalurkan maklumat mengenai kedatangan tsunami itu.

“Saya tidak fikir ada kesilapan prosedur berlaku,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment