Pages

Sunday, October 24, 2010

Timun seakan burung merpati jadi perhatian



Aminah mUda menunjukkan timun berbentuk merpati di Pasar Besar Kemaman, kelmarin.


KEMAMAN 23 Okt. – Gara-gara sebiji timun, gerai seorang peniaga sayur di Pasar Besar Kemaman sesak dengan pengunjung. Ini kerana timun yang dijumpai oleh peniaga tersebut berbentuk seakan-akan seekor burung merpati.
Menurut pemiliknya, Aminah Muda, 40, beliau menyedari perkara tersebut ketika sedang memunggah timbunan timun ke dalam raga pada kira-kira pukul 10 pagi semalam di pasar berkenaan.
Katanya, dia terkejut apabila melihat salah sebiji timun berkenaan bersaiz agak kecil dan mempunyai bentuk yang unik.
“Pada mulanya saya tidak perasan bentuk timun ini yang agak aneh kerana saya keluarkan timun ini dalam satu beg plastik besar seberat 10 kilogram yang dihantar oleh pembekal dari Thailand.
“Namun, ketika sedang menyusun timun-timun ke dalam raga baru saya sedari terdapat sebiji timun yang saiznya agak kecil daripada timun yang lain.
“Bentuknya mirip burung merpati,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar berkenaan semalam.
Katanya, disebabkan penemuan pelik itu yang belum pernah berlaku sepanjang 12 tahun dia berniaga di pasar berkenaan menyebabkan gerainya tidak putus-putus dikunjungi para peniaga lain yang mahu melihatnya.

No comments:

Post a Comment