Pages

Saturday, October 23, 2010

Rumah Wayne Rooney diserbu peminat fanatik




SEJUMLAH penyokong fanatik berkumpul di depan pagar rumah Wayne Rooney di Prestbury, England kelmarin.


PRESTBURY - Lebih 40 peminat fanatik kelab bola sepak Manchester United (MU) menyerbu kediaman bintang bola sepak kelab berkenaan, Wayne Rooney di sini, barat daya England, pada malam kelmarin.
Beberapa buah akhbar semalam melaporkan kumpulan itu tiba dengan menaiki beberapa buah kereta sebelum berulang kali menekan butang interkom di rumah Rooney ketika dia dan isterinya, Coleen serta anak lelaki mereka, Kai berada di kediaman mereka.
"Kami mahu anda turun, kami mahu bercakap dengan anda. Kami mahu anda menjelaskan punca sebenar anda mahu meninggalkan MU. Kami tidak akan mencederakan anda," kata seorang anggota kumpulan tersebut.
Rooney, 25, yang cemas memerhatikan gelagat kumpulan fanatik itu dari tingkap atas rumahnya enggan memenuhi kehendak mereka dan bertindak menghubungi pihak polis.
Dia bernasib baik kerana polis tiba sebelum mereka menyerbu masuk ke rumahnya.
Kumpulan tersebut kemudian bersurai selepas polis mengancam akan menangkap mereka yang mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman tersebut yang berharga £4 juta (RM19.5 juta).
Tiada tangkapan dibuat manakala enam pengawal keselamatan diletakkan di hadapan rumahnya selepas insiden berkenaan.
Sebelum ini, para peminat MU bimbang penyerang berkenaan akan mengikat kontrak dengan kelab Manchester City dengan tawaran yang jauh lebih lumayan. Selepas kejadian tersebut, Rooney dilapor bersetuju untuk kekal bersama MU selama lima tahun lagi sehingga Jun 2015.
Rooney dilaporkan menuntut gaji kira-kira 150,000 pounds (RM731,309) seminggu daripada Manchester United selepas ditolak cukai dalam rundingan kontrak.
"Rooney akan memerlukan pengawal peribadi sepanjang hidupnya jika dia bersetuju menyertai kelab Manchester City," kata bekas pengurus skuad England, Graham Taylor. - Agensi

No comments:

Post a Comment