Pages

Saturday, October 30, 2010

Rangka moyang dinosaur sauropod ditemui



TENGKORAK kepala sauropod yang ditemui di selatan China.


DENVER - Sekumpulan saintis menyatakan rangka seekor dinosaur yang merupakan moyang sauropod ditemui di selatan China, kata seorang ahli paleontologi dari Universiti Texas Tech, Amerika Syarikat (AS), Sankar Chatterjee kelmarin.
Rangka tulang yang sempurna termasuk tengkorak itu mungkin membantu membongkar kisah dinosaur sauropod sepanjang 36.57 meter berkembang dan menjadi pemakan daun-daun pokok.
Chatterjee merancang untuk mendedahkan penemuan awal itu esok dalam mesyuarat Persatuan Geologi Amerika di sini.
Dianggarkan berusia lebih 200 juta tahun, rangka tulang itu ditemui oleh salah seorang rakan Chatterjee pada 2005 di dataran banjir di sekitar Lufeng, wilayah Yunnan.
Menurut Chatterjee, ia kelihatan seperti spesies baru yang diberi nama Yizhousaurus sunae bagi menghormati penduduk tempatan dan seorang ahli paleontologi China.
Kurator Muzium Semula Jadi Utah, AS, Randall Irmis berkata, sekurang-kurangnya enam lagi spesies saudara sauropod ditemui di kawasan mendap yang sama. - AP

No comments:

Post a Comment