Pages

Saturday, October 30, 2010

Gunung Merapi muntahkan lahar




GAMBAR menunjukkan tanah perkuburan yang dipenuhi dengan debu di Kampung Kinahrejo di Selman, Pulau Jawa semalam.


KALI KUNING, Indonesia - Gunung Merapi buat pertama kalinya memuntahkan lahar semalam selepas satu siri letusan dalam minggu ini yang menyebabkan 34 orang termasuk seorang bayi terbunuh.
Menurut beberapa ahli vulkanologi pemerintah, aktiviti itu bukannya satu letusan baru tetapi ia mungkin dapat membantu menstabilkan Gunung Merapi.
"Ia menyebabkan kepulan asap panas pada pukul 6.10 pagi sejauh 3.5 kilometer ke bawah cerun selatan dan diikuti hujan debu," kata seorang ahli vulkanologi, Heru Suparwoko.
"Letusan itu pastinya berbahaya kepada sesiapa sahaja yang berada di laluan awan panas," tambahnya.
Kawasan sekitar gunung itu dikosongkan daripada didiami penduduk pada Isnin lalu selepas pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan satu amaran merah.
Namun, terdapat sebahagian orang yang mungkin tinggal atau kembali ke rumah masing-masing untuk melihat haiwan ternakan dan memeriksa kediaman mereka. Seorang lagi ahli vulkanologi, Surono berkata, muntahan lahar itu merupakan satu perkembangan yang baik.
"Ia (lahar dimuntahkan) merupakan satu perkembangan yang baik kerana gunung itu tidak akan mengumpulkan tenaga yang boleh menyebabkan satu letusan besar seperti yang berlaku pada Selasa lalu," katanya.
Lebih 50,000 orang tinggal di dalam khemah yang dipenuhi mangsa dekat bandar Yogyakarta setelah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa pada Isnin lepas.
Pada 1994, satu letusan berlaku selepas kubah lahar gunung itu runtuh menyebabkan 70 orang terbunuh.
Letusan gunung itu pada 1930 menyebabkan 1,300 orang terbunuh. - Agensi

No comments:

Post a Comment