Pages

Saturday, October 23, 2010

Penyanyi pop 3D jadi popular




GAMBAR menunjukkan bintang pop, Hatsune Miku yang popular di Jepun.


TOKYO - Bintang pop paling popular masa kini di Jepun, Hatsune Miku tidak dapat memberi komen berhubung kejayaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi jelita berambut hijau itu tidak wujud di alam nyata kerana dia sebenarnya karakter kartun tiga dimensi (3D) yang lebih dikenali sebagai anime di Jepun.
Namun, situasi tersebut tidak menghalang Hatsune mengadakan konsert secara langsung yang ditonton oleh berjuta-juta orang di laman perkongsian video YouTube.
Secara teknikal, Miku merupakan program sintesis muzik maya dinamakan Vocaloid yang dihasilkan oleh Yamaha pada 2007.
Menerusi program itu, pengguna komputer boleh mencipta lagu mereka sendiri dan Miku akan menyanyikannya.
Suara Miku menggunakan suara aktres popular Jepun, Saki Fujita dan didatangkan dengan pelbagai versi termasuk suara lembut dan suara rintihan.
Cakera padat digital (DVD) konsert Miku akan dipasarkan ke seluruh dunia dalam masa terdekat. - Agensi

No comments:

Post a Comment