Pages

Monday, October 25, 2010

Misi tentera Britain gagal





2010/10/25

Abu Musab al-Zarqawi
Abu Musab al-Zarqawi
Helikopter awasi Zarqawi habis minyak terpaksa patah balik 

LONDON: Tentera Britain hampir berjaya menawan pemimpin tertinggi al-Qaeda di Iraq, Abu Musab al-Zarqawi tetapi helikopter yang mengawasi musuh ketatnya itu kehabisan minyak dan terpaksa melupakan misi berkenaan.
Menurut dokumen sulit risikan tentera Britain yang didedahkan akhbar The Guardian semalam, insiden memalukan itu yang berlaku pada Mac 2005 memberi masa dan peluang kepada Zarqawi, seorang rakyat Jordan yang rapat dengan Osama bin Laden, untuk mengembangkan operasinya.
Zarqawi kemudian dikesan oleh tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di utara Baghdad pada Jun 2006 dan dibunuh bersama keluarganya dalam bedilan pesawat pejuang. 

Operasi gagal tentera Britain itu didedahkan dalam laporan sulit risikan tentera yang diperoleh The Guardian. 

Laporan itu berkata, pada 17 Mac 2005 unit kecil risik tentera Britain di Basra yang digelar G3, menerima maklumat yang menyatakan Zarqawi sedang bergerak selatan di laluan enam dari Amarah ke Basra. 

Setengah jam kemudian sebuah helikopter Lynx tentera Britain yang dikerah ke kawasan terbabit berjaya mengesan kedudukan pemimpin al-Qaeda itu yang berada dalam sebuah kenderaan. 
Helikopter itu yang bersendirian mengekori kenderaan berkenaan selama 15 minit tetapi terpaksa berpatah balik ke pangkalannya kerana kehabisan minyak. 

“Berikutan itu kenderaan itu tidak diawasi selama 20 hingga 30 minit menyebabkan tentera darat yang dikerah ke kawasan itu kemudian gagal mencarinya semula,” kata laporan itu. 

Kegagalan itu terbukti membawa padah. Pada Februari 2006, Zarqawi melancarkan operasi terbesar al-Qaeda di Iraq dengan mengebom kubah emas masjid al-Askari yang dianggap suci oleh penduduk Syiah di Samarra, sebuah bandar yang majoriti penduduknya penganut Sunnah. – Agensi

No comments:

Post a Comment