Pages

Friday, October 29, 2010

Korban tsunami dan Merapi dijangka lebih 500


SESAK: Kakitangan perubatan memberi rawatan kepada mangsa yang cedera dari kampung pedalaman Munte Baru-Baru, di pulau Pagai Utara, ekoran gempa kuat dan tsunami yang melanda Isnin lalu. -- Foto AFP


JAKARTA: Gunung Merapi meletus lagi semalam dan memuntahkan awan panas dan abu.
Ini kali kedua gunung itu meletup dalam tempoh seminggu.Gunung Merapi di Yogyakarta kali pertama meletus Selasa lalu, sehari selepas gempa sekuat 7.7 pada skala Richter dan gelombang tsunami melanda kepulauan terpencil di barat Sumatera.Angka korban dua bencana, tsunami dan letusan gunung berapi dijangka melepasi angka 500 orang.Sementara itu bekalan makanan mula digugurkan kepada mangsa dari udara semalam.Lebih 400 lagi hilang dan sekitar 40,000 penduduk kini sudah dipindahkan.Kini, timbul pertanyaan mengapa sistem amaran tsunami bernilai jutaan dolar, yang dipasang sejak bencana besar tsunami 2004 yang menyebabkan sekitar 168,000 orang terkorban, gagal berfungsi.Semalam, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah melawat zon bencana di kepulauan Mentawai di mana ramai lagi penduduk masih dilaporkan hilang selepas dilanda tsunami.Sementara itu, sebuah kapal yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan seperti makanan, air dan bekalan perubatan serta beg mayat tiba di Sikakap, di utara pulau Pagai Utara.Para penduduk berkata mereka tidak menerima amaran tentang gelombang tsunami setinggi tiga meter itu.Para pegawai berkata sistem amaran tsunami rosak sebulan lalu kerana ia tidak diselenggarakan dengan baik.Seorang penduduk, Encik Borinte, 32 tahun, berkata gelombang tsunami menghempas kampungnya di pulau Pagai Utara beberapa minit selepas para penduduk rasa gegaran gempa.'Sekitar 10 minit selepas gempa, kami dengar bunyi dentuman yang sangat kuat. Kami bergegas keluar dan lihat ombak menderu. Kami cuba lari ke kawasan tinggi tetapi ombak itu terlalu deras,' katanya.Beliau selamat kerana dapat berpegang kepada sekeping papan.Isteri dan tiga anaknya terkorban.Sementara itu, satu upacara pengebumian beramai-ramai telah diadakan di kampung di Sidorejo, bagi lebih 20 mangsa letupan Gunung Merapi.Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 32 orang terkorban akibat letupan gunung berapi itu.'Mereka jumpa mayat ibu saya dalam rumahnya sementara saudara perempuan saya dijumpai terbaring di luar rumah,' kata seorang penduduk kampung, Cik Dali Sri, 45 tahun, dengan linangan air mata.Amerika Syarikat dan beberapa negara jiran termasuk Australia telah berikrar akan menghulurkan bantuan.Namun, sejauh ini Jakarta berkata bantuan asing masih belum diperlukan. -- AFP, AP, Reuters.

No comments:

Post a Comment