Pages

Monday, October 25, 2010

Katy Perry, Russel Brand kahwin ikut agama Hindu





2010/10/25

KATY Perry dan Russell Brand melangsunglan perkahwinan ikut upacara agama Hindu di India.
KATY Perry dan Russell Brand melangsunglan perkahwinan ikut upacara agama Hindu di India.
Seorang sami laksanakan upacara dihadiri anggota keluarga dan rakan karib pasangan 

RANTHAMBHORE: Penyanyi pop Amerika, Katy Perry dan pelawak warga Britain Russel Brand, semalam melangsungkan perkahwinan mereka mengikut istiadat agama Hindu di sebuah pusat peranginan mewah di kawasan pemuliharaan harimau di barat laut India.
Seorang pegawai hotel Aman-e-Khas, yang enggan mendedahkan namanya berkata, seorang sami Hindu melaksanakan upacara perkahwinan yang dihadiri anggota keluarga dan rakan karib pasangan itu.
Kawalan keselamatan di pusat peranginan dipertingkatkan dengan pengawal persendirian di tempatkan di sekitar pusat peranginan dan hotel berhampiran di mana tetamu dan pasangan itu akan tinggal selama enam hari untuk meraikan perkahwinan mereka. 

Jurugambar dan wartawan tidak dibenarkan membuat liputan atau memasuki pusat peranginan itu. Pasangan berkenaan memberi hak eksklusif membuat laporan kepada sebuah majalah di London. 

Tempat upacara perkahwinan disinari lampu dan cahaya berwarna-warni, manakala pelbagai jenis bunga menghiasi khemah yang disediakan. 

Brand dan Perry memakai pakaian tradisional India untuk upacara itu. Perry memakai sari, begitu juga dengan tetamu wanita yang hadir. Sehari sebelum majlis perkahwinan rasmi, Perry, seperti juga pengantin India biasa, dihias dengan inai di kedua-dua belah tangan. 
Sementara itu pegawai daerah, Ravi Kumar, berkata sebuah jawatankuasa empat orang ditubuhkan bagi memeriksa ‘pencemaran bunyi’ daripada sambutan perkahwinan terbabit dan memastikan haiwan di pusat pemuliharaan di negeri Rajashtan itu tidak terganggu. 

Taman Negara Ranthambhore yang menempatkan hotel berkenaan, menjadi kediaman sejumlah spesies hidupan liar termasuk harimau belang, harimau bintang, babi hutan, dubuk dan beruang. 

Agensi berita Press Trust od India melaporkan sebanyak 21 ekor unta, gajah dan kuda dibawa untuk memeriahkan majlis perkahwinan dari hotel Sher Bagh, sebuah lagi pusat peranginan mewah berhampiran Aman-e-Khas. 

Penari dan pemuzik tradisional India turut mengambil bahagian. 
Brand melamar Perry di Jaipur, pada malam tahun baru lalu dan pasangan itu mengambil keputusan untuk berkahwin di India. – AP

No comments:

Post a Comment