Pages

Monday, October 11, 2010

33 pelombong dikeluarkan Rabu ini



BEBERAPA pegawai dan pekerja yang terlibat dalam operasi menyelamat 33 pelombong melambaikan tangan selepas kerja-kerja menggerudi berjaya dilakukan di sebuah lombong di San Jose, dekat Copiapo, Chile kelmarin.


LOMBONG SAN JOSE, Chile - Selepas lebih dua bulan terperangkap di dalam sebuah lombong tembaga dan emas bawah tanah di sini, seramai 33 pelombong semalam bergembira apabila mengetahui mereka akan dikeluarkan pada Rabu ini.
Menteri Perlombongan Chile, Laurence Golborne berkata kelmarin, kerja-kerja untuk menyelamatkan pelombong itu mungkin bermula Rabu ini.
Berita gembira itu diperoleh selepas sebuah mesin menggerudi selesai menggerudi terowong kecil untuk membawa pelombong keluar selepas mereka terperangkap akibat dinding gua runtuh.
Kerja-kerja untuk menyempurnakan tebukan lubang berdiameter 71 sentimeter (sm) pada pagi kelmarin telah menyebabkan sejumlah saudara-mara pelombong yang tinggal sementara di dalam khemah di lombong berkenaan turut menjerit kegembiraan.
Para pelombong itu terperangkap selama 66 hari sejak sebuah dinding gua itu runtuh pada 5 Ogos lalu.
Anggota-anggota penyelamat menari dan menyanyi kerana berasa amat gembira selepas mereka bertungkus-lumus bekerja untuk mencari cara untuk menyelamatkan 33 pelombong itu.
Para pelombong itu akan menaiki satu kapsul kecil seorang demi seorang yang dimasukkan ke dalam terowong sedalam 630.02 meter yang ditebuk menerusi sebuah mesin gerudi dengan kos menyelamat dianggarkan lebih AS$4.2 juta (RM13.08).



Pelombong-pelombong yang merakamkan video detik-detik gerudi itu membuat terowong kecil di lokasi tempat mereka berlindung turut menjerit kegembiraan.
"Menerusi video itu, para pelombong itu berteriak dan berpelukan dan meraikannya (kejayaan membuat terowong penyelamat)," kata Pengurus Operasi Syarikat Menggerudi Geotec, James Stefanic. - Agensi

No comments:

Post a Comment