Pages

Monday, October 11, 2010

175,000 orang berlari untuk selamatkan sungai



SEBAHAGIAN besar orang menyertai larian alam sekitar bagi menyelamatkan Sungai Pasig di Manila semalam.


MANILA - Kira-kira 175,000 yang diketuai petinju Filipina, Manny Pacquiao dan bekas Presiden negara itu, Fidel Ramos semalam menyertai satu acara alam sekitar bagi mencari dana untuk menyelamatkan Sungai Pasig yang teruk tercemar di sini.
Kira-kira 2,500 anggota polis ditempatkan bagi mengawal acara larian itu yang disertai oleh bintang filem, pemimpin agama dan pegawai tentera.
Pelari-pelari itu menyertai empat kategori yang jaraknya dari tiba hingga 21 kilometer.
Pihak penganjur menyatakan ia mahu memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori jumlah paling ramai yang menyertai perlumbaan berlari.
Sebuah firma audit akan mengesahkan bilangan pelari itu.
Sungai sepanjang 25 kilometer itu yang mengalir merentasi beberapa buah bandar dan pekan termasuk di sepanjang Istana Malacanang yang menjadi kediaman Presiden Filipina tercemar teruk dan dipercayai hidupan marin di dalamnya mati akibat pencemaran.
Pencemaran itu datangnya dari kawasan setinggan dan pembuangan toksik dari kilang. - AP

No comments:

Post a Comment