Pages

Tuesday, September 28, 2010

Yahudi bina semula penempatan haram





2010/09/28

  • Foto
    SEORANG penduduk Yahudi membawa sepanduk menyokong pembinaan di penempatan Tebing Barat, semalam.
Mahmud Abbas gesa Netanyahu lanjut tempoh pembekuan bagi selamatkan rundingan damai
Foto
SEORANG penduduk Yahudi membawa sepanduk menyokong pembinaan di penempatan Tebing Barat, semalam.


  • Foto
    PENDUDUK Yahudi berhimpun di kawasan pembinaan penempatan di Tebing Barat.


BAITULMAQDIS: Pendatang Yahudi memulakan semula pembinaan penempatan haram selepas tempoh pembekuan berakhir tengah malam tadi, ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggesa pemimpin Palestin Mahmud Abbas agar tidak meninggalkan meja rundingan.
Beberapa minit selepas tempoh pembekuan berakhir, Netanyahu mengemukakan rayuan kepada Abbas agar meneruskan rundingan yang dilancarkan awal bulan ini.
“Saya meminta presiden Abbas meneruskan dengan jujur dan ikhlas rundingan yang baru dimulakan dalam usaha mewujudkan perjanjian damai antara dua kumpulan penduduk,” katanya dalam usaha menghalang pemimpin Palestin itu daripada meninggalkan meja rundingan berikutan tamatnya pembekuan pembinaan penempatan itu.

Jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina berkata pemimpin Palestin itu yang berada di Paris memberi reaksi segera menggesa Netanyahu melanjutkan pembekuan pembinaan bagi menyelamatkan rundingan.

“Netanyahu mesti membuat keputusan untuk menangguhkan pembinaan penempatan Yahudi dalam usaha mewujudkan persekitaran lebih baik untuk mengadakan rundingan,” katanya.

Media Israel melaporkan sejurus selepas dinihari, jentolak dan sejumlah jentera berat lain memulakan kerja pembinaan di beberapa kawasan penempatan kecil di sekitar Tebing Barat pada skala sederhana.
Radio awam melaporkan, jengkaut juga dilihat mula bergerak di penempatan Adam di utara Baitulmaqdis di mana kira-kira 30 rumah dijadual dibina.

Stesen televisyen swasta Israel Channel 2, berkata pembinaan dijadual dimulakan di sekurang-kurangnya lapan penempatan kecil lain, termasuk di kawasan Kiryat Arba, di tengah Hebron yang dihuni 600 pendatang sayap kanan.

Tempoh berakhirnya pembekuan itu bermakna, sesiapa saja yang mempunyai permit sebelum ini boleh memulakan kembali kerja mereka.

Media tempatan menyatakan, pada peringkat ini kerja pembinaan dilihat terhad kepada kawasan penempatan terpencil kebanyakannya membabitkan beberapa ratus rumah yang sepatutnya dibina dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ia juga dijangka dimulakan pada skala terhad berikutan sambutan keagamaan penduduk Yahudi Succot yang akan berakhir Khamis ini. – AFP

No comments:

Post a Comment