Pages

Friday, September 3, 2010

Serangan udara NATO bunuh 10 pekerja pilihan raya Afghan



03/09/2010 3:06am

KABUL 3 Sept. - Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh selepas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan udara ke atas tiga buah kenderaan yang membawa pekerja kempen pilihan raya di utara Afghanistan lewat malam ini, kata Presidennya, Hamid Karzai.
Dalam satu kenyataannya, Karzai mengutuk serangan yang berlaku di wilayah Takhar itu sehingga membunuh kesemua pekerja kempen pilihan raya yang berada di dalam kenderaan tersebut.
“Jika kita komited untuk memerangi keganasan, kita perlu membezakan antara mereka yang menyokong perlaksanaan demokrasi dan mereka yang menentangnya.
“Namun, adalah amat malang sekali apabila hari ini, ada kumpulan yang menyokong perlaksaan demokrasi dibunuh dengan kejam,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment