GRESIK: Ketika umat Islam Indonesia meraikan Aidilfitri dengan saling mengunjungi dan bermaaf-maafan, seorang lelaki sebaliknya bertindak nekad membunuh jirannya dengan amat kejam.
Abidin, 25, dikatakan membunuh Bahrul Ulum, 27, dengan menyembelihnya dari belakang ketika mangsa leka berzikir di sebuah masjid di Dusun Karanganyar, Dukun, Jawa Timur.
Suspek dipercayai menggunakan sabit ketika melakukan pembunuhan itu.
Menurut sumber, suspek nekad membunuh mangsa kerana berdendam dituduh merosakkan deretan kain tanda diletak di sepanjang laluan ke rumah mangsa.
Katanya, sebaik pembabitan Abidin diketahui, polis menahan dan membawanya ke ibu pejabat di Gresik bagi mengelak dia dibelasah penduduk kampung yang berang dengan kekejaman itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment