Pages

Saturday, September 25, 2010

Perenang tanpa kaki, tangan




PARIS - Seorang lelaki Perancis yang sudah dipotong kaki dan tangan membuktikan kebenaran kata-kata 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' apabila berjaya berenang merentasi Selat Inggeris, minggu lalu.

Philippe Croizon, 42, berenang menggunakan kaki palsu yang direka khas dan dipasang sirip getah untuk membolehkannya berenang.

"Saya berjaya dan saya amat gembira. Pada mulanya saya menjangkakan akan mengambil masa 24 jam tetapi berjaya berenang dalam 13 jam 30 minit," katanya dengan gembira di Wissant, lewat petang Sabtu lalu.

Bapanya, Gerard Croizon turut melahirkan rasa gembira dan bangga atas semangat yang dimiliki serta kejayaan yang dicapai anaknya.

Lelaki cacat anggota itu berenang dari Folkestone, Britain pada jam 6.45 pagi dan merentas Selat Inggeris sejauh hampir 34 kilometer sebelum sampai di Wissant, Perancis pada jam 8.13 malam.

Kedua-dua kaki dan tangan Croizon terpaksa dibuang melalui pembedahan pada 5 Mac 1994 selepas dia terkena renjatan elektrik semasa berdiri di atas tangga besi di atas bumbung rumahnya di Vienne untuk membetulkan antena televisyen.

Lelaki itu mendapat perhatian media di negara-negara Kesatuan Eropah dan antarabangsa pada 2007 selepas melakukan terjunan menggunakan payung terjun dari kapal terbang.

Croizon turut menghasilkan buku berjudul :J’ai d�cid� de vivre: (:I Decided to Live:) menggunakan sistem komputer yang menterjemah suaranya ke dalam bentuk teks.

No comments:

Post a Comment