Pages

Saturday, September 25, 2010

Pengasas Facebook beri sumbangan




NEW JERSEY - Pengasas laman rangkaian sosial terkemuka :Facebook:, Mark Zuckerberg menyumbangkan AS$100 juta (RM309.4 juta) kepada sekolah-sekolah di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Sumbangan itu adalah sebagai sebahagian usaha membaiki sistem pendidikan di negara itu.

Pengumuman rasmi mengenai penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh Zuckerberg dalam rancangan :The Oprah Winfrey Show:, semalam.

Turut hadir dalam rancangan bicarawara itu ialah Datuk Bandar Newark, Cory A Booker dan Gabenor New Jersey, Chris Christie.

Pengumuman awal mengenai sumbangan itu turut disiarkan di akhbar :New York Times: pada 22 September lalu sebelum :Forbes: menyiarkan maklumat terkini bahawa pengasas :Facebook: itu berada pada tangga ke-35 orang paling kaya di AS.

Zuckerberg yang lahir pada 14 Mei 1984 di White Plains, New York dan membesar di Dobbs Ferry, New York menjadi terkenal apabila dia bersama-sama rakan sekuliahnya di Universiti Harvard, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes melancarkan :Facebook: pada 4 Februari 2004.

Sumbangan derma AS$100 juta yang diumumkan oleh jutawan muda itu turut dikritik dan dikatakan sebagai suatu usaha terdesak Zuckerberg untuk membersihkan imejnya yang dilaporkan tidak begitu baik dalam filem :The Social Network: yang akan ditayangkan pada 1 Oktober ini.

Dalam filem berkenaan, watak Zuckerberg dilakonkan oleh Jesse Eisenberg yang pernah berlakon dalam :Zombieland: (2009) dan :Solitary Man: (2010).

Filem itu yang diarahkan oleh David Fincher dibuat berdasarkan buku :The Accidental Billionaires: The Founding of Facebook, A Tale of Sex, Money, Genius, and Betrayal :(2009) tulisan Ben Mezrich.

No comments:

Post a Comment