Pages

Saturday, September 25, 2010

Lagu Allahu.. Nusrat Fateh Ali Khan.. Sufi.. Syiah dan Kuburan



Oleh zain-ys

Biasa dengar lagu Allahu.. Allahu.. versi Raihan? Pernah juga dengar versi Sami Yusof?

Raihan bukanlah penyanyi asal melodi Allahu ini. Bukan juga Sami Yusof.

Siapa penyanyi asal melodi ini? Siapa lagi kalau bukan penyanyi lagenda Pakistan Nusrat Fateh Ali Khan. Penyanyi genre Qawwali. Kepada mereka yang tidak pernah menontonnya, dipersilakan menontonnya di sini:
Dim lights Embed 

Siapa Nusrat Fateh Ali Khan? Anda boleh periksa di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Nusrat_fateh_ali_khan

Apa itu genre Qawwali? Anda boleh membacanya di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Qawwali

Qawwali adalah salah satu dari cabang seni dan budaya kaum Sufi yang bercampur dengan unsur-unsur Syiah. Anda boleh dapatkan penjelasan tentang pengaruh Syiah dalam Tasauf di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5258

Sebab itulah cabang-cabang dari Qawwali ini ada puja dan puji kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w., kepada Ali r.a., wali-wali, ratapan terhadap pembunuhan Hussain dan sebagainya.

Bagi yang tidak tahu pasti akan borong bahawa ia sama seperti nasyid atau lagu-lagu keagamaan seperti ditempat kita.

Di bawah ini nanti akan disertakan klip video Nusrat Fateh Ali Khan dan kumpulan muziknya mendendangkan lagu Haq Ali Ali Haq. 

Yang mungkin akan menjadi perhatian besar tentang klip video berkenaan ialah:
1. Tajuk lagunya
2. Lagunya sedap dan mendayu-dayu.
3. Ia menyanyikan lagu ini di kuburan yang entah kubur siapa. Yang pasti ia kubur seseorang yang amat dimuliakan. Anda boleh melihat sendiri suasana di kuburan ini. Cara mereka menghormatinya. Dan seterusnya.. Dan seterusnya..

Klip Video:
Dim lights Embed 

Tradisi.. Adat.. Budaya.. Kesenian.. Peranannya cukup besar dalam masyarakat, tetapi ia selalu dipandang enteng oleh banyak pihak terutamanya para pendakwah.

Ketika kita sedang kalut berdebat tentang apa hukum muzik menurut Islam, umat Islam sudah ditidurkan dan terbius dengan alunan seni budaya yang entah apa-apa.

Ketika kita asyik berselisih tentang apa hukum sumber pendapatan dari hasil berlakon. Apa hukum bikin filem.. Apa hukum mengambil gambar.. Video.. Animasi.. Bla.. Blaa... Anak-anak bangsa kita sudah diracuni pemikirannya dengan produk-produk propaganda filem yang mampu merosakkan akal fikiran mereka yang waras.

Paling susah, sekarang ini semuanya mahu jadi ustaz. Semua ingin jadi protaz. Mahu jadi mufti. Mahu berfatwa. Mahu jadi mujtahid.

Tinggal saya dan kamu sahaja yang belum jadi yang itu. Yang lain sudah..! Aduh!
sumber asal

No comments:

Post a Comment