Pages

Saturday, September 25, 2010

Al-Azhar Syarif menghantar kajian akademik mengenai para sahabat ke Iran



Al-Azhar Syarif telah memutuskan untuk menghantar kajian akademik mengenai para sahabat Rasulullah s.a.w kepada komuniti Syiah dan Iran. Ini adalah salah satu langkah kesedaran agar mereka tidak berterusan di dalam menghina dan mencerca para sahabat.
Di dalam majlis penutup persidangan Buhuth Islamiyah yang ke-14, Syekhul Azhar Doktor Muhammad Syed Tantawi berkata  "Sesungguhnya kami memilih tajuk Para Sahabat Rasulullah s.a.w pada persidangan kali ini kerana kami sering mendengar penghinaan dan tohmahan terhadap mereka. Oleh itu kami bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan Para Sahabat kepada seluruh manusia dan hubungan mereka dengan Ahli Bait.  Di dalam masa yang sama dapat menghindarkan fitnah dan tohmahan yang sering dilemparkan oleh sebahagian Syiah. Semoga kajian ilmiah ini akan menyedarkan mereka dan seterusnya menghormati para Sahabat Rasulullah s.a.w.


Mufti Mesir Doktor Ali Jumu'ah pula berkata " Dakwaan yang menyatakan bahawa Ahli Bait tidak menyintai Para Sahabat adalah satu pendustaan. Sebagai bukti mereka saling menyayangi ialah pada nama anak-anak mereka. Ali r.a menamakan anaknya dengan nama Abu Bakar dan Umar. Begitu juga di dalam perkahwinan, Saidina Husin mengahwinkan anaknya Fatimah dengan Abdullah bin Umar iaitu cucu kepada Uthman bin Affan.
Di dalam majlis yang sama, Menteri Wakaf Mesir  Doktor Mahmud Hamdi Zaqzuq menjelaskan bahawa Syiah bukan sahaja mencerca dan menghina para Sahabat, bahkan lebih dari itu ianya adalah sebagai usaha untuk menghapuskan sunnah. Ini kerana mencurigai sahabat bermakna mencurigai sunnah.

No comments:

Post a Comment