Pages

Wednesday, September 15, 2010

Imelda diarah kembalikan wang




2010/09/15

 IMELDA  meraikan  hari lahir  ke-93 mendiang suaminya di bandar Batac, di wilayah Ilocos Norte, Filipina,    pada 11 September lalu.
IMELDA meraikan hari lahir ke-93 mendiang suaminya di bandar Batac, di wilayah Ilocos Norte, Filipina, pada 11 September lalu.
Dana negara bernilai berbilion dolar didakwa dicuri Presiden Marcos 

MANILA: Sebuah mahkamah khas antirasuah semalam mengesahkan bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos diarah mengembalikan hampir AS$230,000 (RM736,000) yang dicuri mendiang suaminya, Ferdinand Marcos daripada pihak berkuasa dana makanan.Peguam Imelda, Robert Sison bagaimanapun berkata, anak guamnya berusia 81 tahun itu membantah arahan yang dikeluarkan minggu lalu dan merancang mengemukakan rayuan.
“Kes itu difailkan ketika keluarga Marcos berada di luar negara dan beliau tidak berpeluang mengemukakan rayuan seperti sepatutnya,” kata Sison. 

Mahkamah di Sandiganbayan berkata, pihaknya mendapati Imelda mengarahkan ketua Pihak Berkuasa Makanan Kebangsaan memindahkan dana ke dalam akaun bank pemimpin itu pada 1983. Agensi berkenaan bertanggungjawab dalam pengimportan beras di Filipina. 

Kes terbabit adalah antara berpuluh dakwaan sivil dihadapi keluarga Marcos, 24 tahun selepas diktator itu digulingkan, mengakhiri pemerintahan dua dekad, menyebabkan beliau terpaksa hidup dalam buangan. Marcos meninggal dunia pada 1989. 

Oleh kerana Imelda adalah wakil sah harta Marcos, mahkamah mengarahkannya memulangkan 10 juta peso selain membayar faedah dan kos perundangan. Seorang kerani mahkamah berkata keputusan dibuat pada 9 September tetapi hanya diumumkan kepada umum minggu ini. 

Marcos dituduh mencuri berbilion dolar dana negara yang dilapor masih disembunyikan di dalam akaun bank di luar negara. 

Imelda kembali ke Manila pada 1991. Selepas gagal dalam cubaan untuk menjadi presiden pada 1992, beliau menang kerusi parlimen Mei lalu. – AFP 

No comments:

Post a Comment