Pages

Wednesday, September 15, 2010

‘Bayi pesawat’ mungkin diserah keluarga angkat




2010/09/15

George Francis
George Francis
MANILA: Bayi lelaki yang dilahirkan di dalam pesawat dari Asia Barat ke Filipina dan ditemui di dalam beg sampah akan diserahkan kepada keluarga angkat, jika ibunya tidak ditemui atau diisytiharkan tidak berupaya menjaganya. 

Bayi yang diberi nama George Francis mengambil sempena kod penerbangan Teluk, Gulf Air, berada dalam keadaan sihat dan dipantau rapi jururawat serta pekerja sosial, ketika pihak berkuasa meneruskan usaha mencari ibunya.Setiausaha Kebajikan Sosial, Corazon Soliman berkata pegawainya mengenal pasti seorang penumpang yang duduk di kerusi pesawat dengan kesan darah tetapi perlu mengesahkan sama ada dia adalah ibu kandung George Francis.
“Bayi itu berada dalam keadaan sihat. Dia banyak minum susu, tetapi kami masih memantau kesihatannya berikutan benjolan di kepalanya. Bagaimanapun berdasarkan laporan setakat ini, keadaannya baik,” katanya. 

Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui Ahad lalu ketika pegawai keselamatan melihat sesuatu bergerak di dalam beg sampah yang dibawa dari pesawat. – AP 

No comments:

Post a Comment