Pages

Monday, September 13, 2010

Al-Quran dihina depan Rumah Putih




2010/09/12

  • PENENTANG masjid dekat Ground Zero di New York memarahi kumpulan yang menyokong pembinaannya berhampiran lokasi pusat Islam di kota itu.


Foto
PELAMPAU Kristian mengoyak beberapa muka surat al-Quran di depan Rumah Putih.


Koyak, bakar kitab suci ketika Obama minta warga AS bertenang isu bina masjid, 9/11


WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.
Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. 

Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”
Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam. 

“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.

Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu. 

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi 

No comments:

Post a Comment